USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FESTIVAL OF FLAMES 4K MARATHON: RUN WITH FIRE, RUN WITH HEARTS TARIK PENYERTAAN 862 PESERTA

WhatsApp Image 2024 05 29 at 10.59.52 AM

USM PULAU PINANG, 27 Mei 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Rancangan Khidmat Komuniti (RKK USM) di bawah pemantauan Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK USM) telah menganjurkan acara larian Program Festival of Flames 4K Marathon: Run With Fire, Run With Hearts.

Program ini adalah kesinambungan dan pembaharuan kepada Program Neon Run yang telah diadakan pada tahun 2023.

Berlangsung di Padang Kawad USM pada 24 Mei 2024, program larian ini disertai seramai 862 peserta.

WhatsApp Image 2024 05 29 at 11.11.41 AM

Hadir merasmikan program adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin mewakili Naib Canselor USM, yang turut melepaskan para peserta larian.

Shaharum dalam ucapan perasmiannya berkata, Program Festival of Flames 4K Marathon ini bukan sahaja bertujuan melahirkan pelajar atau masyarakat yang cergas dan sihat malah melibatkan pengutipan sumbangan, yang mana sebahagian sumbangan ini akan didermakan kepada golongan yang memerlukan.

“Ini merupakan satu inisiatif yang sangat bermanfaat dan patut kita banggakan kerana program yang diadakan ini juga menyediakan landasan ke arah perpaduan, menjalinkan sifat kemanusiaan dan kesukanan yang tinggi dalam kalangan pelajar dan masyarakat di luar sana,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM, Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim dalam ucapannya berkata, hampir 80% tenaga kerja bagi program ini datangnya daripada pelajar sendiri terutamanya dari Rancangan Khidmat Komuniti USM.

WhatsApp Image 2024 05 29 at 10.59.52 AM1

“Teruskan usaha anda melaksanakan program-program seumpama ini yang bukan sahaja melibatkan pelajar USM tetapi juga masyarakat luar kampus supaya mereka lebih mengenali USM,” ujarnya.

Menurut Pengarah Projek, Nur Farahani Rasol, beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana melalui program ini dapat melahirkan pelajar yang sentiasa mengambil cakna akan kesihatan dirinya dan dapat menjadi medium penyatuan di antara masyarakat.

Hadir sama adalah Encik Mohammad Kasni Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan, Penasihat Program Festival of Flames 4K Marathon USM, Dr. Noor Alyani Nor Azazi dan pegawai-pegawai utama Universiti.

WhatsApp Image 2024 05 29 at 10.59.51 AM

Teks: Siti Fatimah Abu Mansor/Foto: Shahnizam Ab Rahim 

SDG3

  • Created on .
  • Hits: 422

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024