PASUKAN TAEKWONDO USM RANGKUL 8 PINGAT DI MASUM FASA 1 2024
USM PULAU PINANG, 2 Mei 2024 – Pasukan Taekwondo Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengambil bahagian dalam kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1, 2024 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 22 – 27 April 2024, telah mengharumkan nama universiti dengan pencapaian yang amat membanggakan.
Sebanyak lapan pingat telah dimenangi oleh peserta Taekwondo USM yang terdiri daripada pelbagai kategori pada kejohanan tersebut.
Senarai pemenang dan kategorinya adalah seperti berikut:
POOMSAE
- Kategori Individu Wanita: Emas - Danielle Ong Wee Ee (P.P. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
- Kategori Campuran: Perak - Norisha Binti Mokhtar (P. Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan), Hong Xue Ru (P.P. Perumahan, Bangunan dan Perancangan)
- Kategori Berkumpulan Wanita: Gangsa - Norisha Binti Mokhtar (P. Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan), Yew Shin Jie (P.P. Teknologi Industri), Woon Yee Ching (P.P. Perumahan, Bangunan dan Perancangan)
- Kategori Berkumpulan Lelaki: Gangsa - Hong Xue Ru (P.P. Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Leong Yu Wei (P.P. Sains Kemasyarakatan), Ngae Song Wen (P.P. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
KYORUGI
- Kategori 74kg Lelaki: Emas - Su Rong Zhi (P.P. Bahasa, Literasi dan Terjemahan)
- Kategori 49kg Wanita: Perak - Jaclyn Loh Hui Ling (P.P. Kejuruteraan Aeroangkasa)
- Kategori 53kg Wanita: Perak - Anis Liyana Binti Razali (P.P. Seni)
- Kategori 57kg Wanita: Gangsa - Li Shiying (P.P. Sains Komputer)
USM melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan Pusat Sukan dan Rekreasi mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang dicapai oleh pasukan taekwondo itu.
Semoga dengan kemenangan ini akan memberi semangat kepada semua pemenang serta mendorong lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Kejohanan MASUM Fasa 2 akan diadakan di Universiti Malaya pada 6-12 Mei 2024.
Sumber: Facebook BHEPA USM
- Created on .
- Hits: 208