USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM BERTEMU KETUA-KETUA JABATAN, BERI PENERANGAN TENTANG ISU SEMASA DAN PENCAPAIAN UNIVERSITI

USM PULAU PINANG, 23 Mei 2024 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua jabatan USM bilangan 2/2024.

WhatsApp Image 2024 05 23 at 19.47.08

Perjumpaan tersebut telah berlangsung di Dewan Perundangan Universiti (DPU) USM, merupakan susulan daripada perjumpaan pada bulan Mac yang lalu, dengan membentangkan tentang perkara-perkara berbangkit daripada Mesyuarat Pasca Kabinet, dan beberapa garis panduan yang pernah dibentangkan sebelum ini.

Beliau turut mengingatkan kepada para ketua jabatan untuk terus menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia dalam menjemput dan menapis kandungan ceramah yang akan diberikan oleh penceramah jemputan universiti.

Selain itu, beliau membentangkan tentang prestasi perbelanjaan Pembangunan RMK dan berkongsi prestasi penjanaan kewangan yang positif.

Pesannya lagi agar para ketua jabatan untuk memantau perbelanjaan dan pelaksanaan projek/ program/kerja naiktaraf/perolehan peralatan yang telah diluluskan mengikut garis masa.

Beliau turut menggesa agar PTJ yang berkaitan mula memberi tumpuan terhadap perkembangan penggunaan perisian kecerdasan buatan (AI) dan usaha pendigitalan.

WhatsApp Image 2024 05 23 at 19.47.18

Sesi tersebut kemudiannya diteruskan dengan pembentangan laporan swa-akredetasi oleh Pengarah Swa-Akreditasi (PSA), Profesor Dr. Azura A. Rashid.

Turut hadir di sesi tersebut adalah Timbalan-Timbalan Naib Canselor, serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 405

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024