USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARGA USM DISERU SEMARAKKAN SOKONGAN KEPADA USM MINDEN TIGERS

PULAU PINANG, 1 Jun 2015 - Warga Universiti Sains Malaysia (USM) diminta turun beramai-ramai bagi memberikan sokongan moral kepada skuad bolasepak USM Minden Tigers yang akan turun beraksi dalam Liga IPT 2015 (Divisyen 2) menentang Kolej Komuniti Pulau Pinang (KKPP) pada hari esok, Selasa, 2 Jun di Stadium Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, jam 4.45 petang.

Pengurus pasukan, Nazru Haji Ismail berkata, diharapkan dengan turunnya seramai mungkin warga kampus kelak, akan menyuntik semangat para pemainnya dalam memperagakan aksi terbaik mereka.

“Kemenangan dalam perlawanan menentang KKPP amat ditagih kerana ianya bakal menjadi titik noktah untuk impian beraksi di Liga IPT Divisyen 1 tercapai.”

“Namun, saya tidak memandang rendah kemampuan KKPP yang pernah mengejutkan kita pada awal musim ini, dan saya percaya KKPP juga akan terus memberikan saingan sengit dan sama sekali tidak akan memberikan laluan mudah kepada kita.”

Tambahnya lagi, berkat doa, usaha dan sokongan berterusan yang selama ini diberikan Naib Canselor, Profesor Dato’ Omar Osman dan seluruh warga kampus, tidak mustahil USM Minden Tigers akan kembali menjadi pasukan yang digeruni nanti.

USM Minden Tigers kini menduduki tangga kedua liga di belakang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 2 mata dalam baki dua perlawanan terakhir.

Perlawanan terakhir Liga IPT 2015 (Divisyen 2) USM Minden Tigers adalah menentang Universiti Putra Malaysia (UPM) di Stadium Olahraga USM pada 6 Jun 2015, jam 4.45 petang. - Teks: Mohamad Danial Shahri

  • Created on .
  • Hits: 910

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024