USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IMT-GT: USK SERAH LAMAN SESAWANG KEPADA USM MANIFESTASI HUBUNGAN AKADEMIK SERANTAU DUA NEGARA

441519233 935202055071089 4903343264139950868 n

ACHEH, INDONESIA, 17 Mei 2024 - Universitas Syiah Kuala (USK) baru-baru ini menyerahkan sebuah laman sesawang yang telah dibangunkan oleh USK kepada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tujuan pengunaan IMT-GT Varsity Carnival yang bakal dianjurkan oleh USM, pada 25 hingga 30 Ogos 2024.

Majlis penyerahan telah disempurnakan pada 15 Mei yang lalu, oleh Rektor USK, Profesor Dr. Ir. Marwan, IPU dan disaksikan oleh Naib Rektor Hal Ehwal Pelajar, USK merangkap Naib Presiden Majlis Varsiti IMT-GT Indonesia, Profesor Dr. Mustanir.

Seramai 35 ahli Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai telah mengadakan lawatan kolaborasi selama tiga hari di USK untuk memperkukuhkan hubungan dua negara dalam aspek kepimpinan, kebudayaan dan mendalami industri nilam yang dibangunkan oleh USK.

440961005 935202051737756 8790010676457910484 n

Laman sesawang ini menyenaraikan maklumat terkini tentang aktiviti yang bakal dianjurkan seperti seminar, sukan, budaya, jadual serta universiti lain yang terlibat dan boleh diakses secara bebas.

Dengan mengekalkan konsep paparan yang sedia ada, beberapa maklumat baharu dan pengemaskinian digital poster akan dipaparkan oleh USM selaku tuan rumah Karnival IMT-GT.

441521006 935202151737746 1942932509577377391 n

Turut sama dalam majlis adalah Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM; dan Pengarah Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM, Ahmad Fadhlul Irham Yusoff.

440943874 935202091737752 1558210608175321370 n

  • Created on .
  • Hits: 309

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024