USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM PENDIDIKAN GELOMBANG HABA: MEMPERKASAKAN GENERASI MUDA MELALUI PROJEK STEM

WhatsApp Image 2024 05 07 at 2.42.11 PM

PULAU PINANG, 3 Mei 2024 – Selari dengan misinya sebagai universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan program “Pendidikan Gelombang Haba: Memperkasakan Generasi Muda Melalui Projek STEM 2024”.

Program tersebut yang akan berlangsung pada 7 Mei 2024 di Dewan Budaya USM, bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti sekolah tentang bahaya kesan gelombang haba kepada kehidupan harian kita.

Sebagai universiti yang berfokus kepada kelestarian, adalah menjadi tanggungjawab USM untuk mengambil peluang setiap kejadian atau fenomena negatif dan jadikan ia sebagai katalis untuk berinovasi demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi kita.

Program yang julung kali diadakan itu dijangka akan dirasmikan oleh YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah Mohd Nor. Turut hadir ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.  

Seramai 360 pelajar dari enam sekolah terpilih di Pulau Pinang akan menyertai program tersebut, iaitu SMKA (Lelaki) Almashoor, SMKA (Perempuan) Almashoor, SMK Bayan Lepas, SMK Bukit Jambul, SMK Penang Free, dan SMK (P) St George.

Objektif Program

  • Meningkatkan kesedaran dan memberikan pengetahuan tentang bahaya gelombang haba dan kesannya pada kesihatan.
  • Memaklumkan pelajar tentang punca dan ciri gelombang haba, serta langkah yang boleh diambil oleh mereka untuk kekal selamat dan mengurangkan kesan haba melampau.
  • Membantu pelajar dalam menyusun kempen kesedaran untuk sekolah masing-masing dan meningkatkan kesedaran individu memahami kepentingan melindungi diri mereka, haiwan kesayangan dan orang sekeliling semasa gelombang panas, seperti kekal terhidrat, mencari tempat teduh dan mengelakkan aktiviti luar yang berat.
  • Menanam minat untuk berinovasi tentang tenaga boleh baharu (renewable energy) melalui STEM dengan cara “hands-on” dan experiential learning.

Impak Program

  • Para pelajar dapat mengambil langkah yang tepat dalam menjaga kesihatan diri, orang sekeliling dan haiwan peliharaan apabila berlakunya fenomena gelombang haba.
  • Para pelajar dapat mengubah cara hidup yang lebih lestari melalui pendedahan terhadap tenaga boleh baharu (renewable energy) secara pembelajaran STEM “hands-on” dan experiential learning.
  • Membentuk pelajar sekolah yang lebih cakna terhadap isu gelombang haba dan dapat membantu komuniti mereka melalui kempen baik dari sudut kesihatan, ekonomi mahupun bekalan makanan.

Program ini bukanlah program “one off” tetapi adalah untuk jangka masa panjang. Program ini telah berjalan sejak tahun 2023.

Hasrat USM adalah supaya lebih ramai pemain industri mengambil bahagian pada tahun akan datang dan membolehkan lebih banyak sekolah untuk terlibat secara langsung dalam program ini.  

Sumber: Buku program/Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 253

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024