USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TUAN RUMAH MESYUARAT JKSMUA, BINCANG PENDEKATAN BAHARU PENGURUSAN SUMBER MANUSIA UA

WhatsApp Image 2024 05 06 at 18.55.50

USM PENANG, 6 Mei 2024 - Selaku urusetia dan tuan rumah mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah mengadakan Mesyuarat JKSMUA Bilangan 2/2024.

JKSMUA merupakan gabungan daripada Jawatankuasa Latihan dan Pengurusan Sumber Manusia serta Hospital Pengajar yang membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan latihan dan sumber manusia UA.

Hadir bagi mempengerusikan mesyuarat adalah Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Pengerusi JKSMUA, Helmi Zafura Abd Rahman.

Helmi Zafura berkata, mesyuarat pada hari ini bertujuan untuk membawa pendekatan baharu terhadap pengurusan sumber manusia setiap universiti awam untuk disesuaikan mengikut gerak kerja universiti masing-masing.

Jelas beliau, mesyuarat pada kali juga turut membincangkan hala tuju JKSMUA mengikut agenda utama JKSMUA.

Di kesempatan itu juga, Helmi Zafura mengucapkan ribuan terima kasih kepada USM kerana sudi menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini serta semua ahli JKSMUA yang memberikan maklum balas yang konsisten dan sangat baik.

Sementara itu, Pendaftar USM, Azizudin Mohd Shariff berkata penubuhan JKSMUA telah menjadi saluran komunikasi bagi setiap UA untuk memberikan pandangan dan cadangan dalam menambah baik pengurusan sumber manusia universiti.

“Saya berharap agar setiap maklumat dan perkongsian dalam mesyuarat kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua UA terutamanya dalam pengurusan sumber manusia,” kata Azizudin.

Antara agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat pada kali ini adalah Pembentangan Task Force Pembangunan dan Kepimpinan; Pembentangan Task Force Pengurusan Prestasi; Pembentangan Direktori Kewangan; dan Pembentangan Direktori Kepakaran.

Seramai 46 orang wakil daripada semua UA telah menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.

Teks: Siti Fatimah Abu Mansor/Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 197

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024