USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA AKADEMI SAINS MALAYSIA

WhatsApp Image 2024 05 06 at 09.58.02

USM PULAU PINANG, 6 Mei 2024 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Akademi Sains Malaysia (ASM) yang diketuai oleh Presiden ASM merangkap Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) kepada YAB Perdana Menteri dan Negara, Datuk Dr. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen.

Kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan tentang kerjasama antara pihak ASM dan USM yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua institusi ini.

Dalam pertemuan yang sama, ASM menyatakan hasrat dan minat untuk berkolaborasi dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang berkaitan dalam beberapa bidang penting terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran; Pengarah Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Profesor Dr. Zainovia Lockman; Pengarah Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC), Profesor Madya Dr. Asrulnizam Abd Manaf; Pengarah Pejabat Jaringan Industri,, Profesor Madya Dr. Shaizatulaqma Kamalul Ariffin dan Penyelaras Kampus Sains@USM, Rohaya Husny Pahmy.

Teks: Nurhidayah Shahbuddin/Foto & Infografik: Mohd Fairus Md Isa & Muhamad Ihsan Abu Bakar

  • Created on .
  • Hits: 122

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024