USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI IKATAN ALUMNI USM SUMATERA UTARA, INDONESIA
USM, PULAU PINANG, 22 April 2024 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ikatan Alumni USM (IKA-USM) Sumatera Utara, Indonesia yang diketuai oleh Ketua IKA-USM, Sumatera Utara, Profesor Dr. Lusiana Andriani Lubis.
Kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan tentang kerjasama antara pihak IKA-USM, Sumatera Utara bersama USM dalam beberapa perkara yang melibatkan bidang penyelidikan, akademik dan perkara berkaitan alumni.
Hadir sama pada kunjungan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) USM, Profesor Dr. Azlan Abdul Aziz; Setiausaha IKA-USM, Dr. Amelia Zuliyanti Siregar; Bendahari IKA-USM, Dr. Ir. Nismah Panjaitan; pegawai-pegawai utama USM dan ahli-ahli IKA-USM.
Kedua-dua pihak berharap agar hasil perbincangan dapat dipraktikkan dalam usaha membangunkan program dan inisiatif yang berkaitan dalam mempertingkatkan hubungan antara universiti dengan alumni IKA-USM secara khususnya dan juga keseluruhan alumni USM di mana sahaja.
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Shahnizam Ab Rahim
- Created on .
- Hits: 474