USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT USM DISAMBUT MERIAH

USM PULAU PINANG, 19 April 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah membuktikan keharmonian dapat dipupuk melalui sambutan perayaan dengan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat USM 2024.

683afcd7 2fab 454e 86c5 d2566b9f799b

Majlis yang diadakan di perkarangan The Bricks USM telah menarik pelbagai lapisan masyarakat dari kalangan warga USM untuk hadir ke majlis tersebut.

Jamuan yang berkonsepkan ‘pot luck’ itu berjaya memperlihatkan kerjasama semua jabatan dan pusat pengajian di seluruh USM kampus induk di samping menghimpunkan 55 gerai menyajikan pelbagai juadah tradisional dan moden yang terkenal di Malaysia di bawah satu bumbung.

90ad83cf 2aee 4a3f a336 ngad7272b38e93

Turut diselitkan dalam majlis adalah pemilihan hiasan khemah terbaik yang dimenangi oleh Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM, pakaian tercantik (lelaki dan wanita) serta pemilihan foto wefie terbaik gerai bersama petugas yang dimenangi oleh Jabatan Pendaftar USM.

4071e1be bcfd 4c57 98ae b801b0eba68e

Hadir sama pada majlis adalah Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Ahli-ahli LGU, Timbalan-timbalan Naib Canselor USM bersama Ahli-ahli JKPU yang lain dan ketua-ketua jabatan.

Penganjuran majlis rumah terbuka seperti ini dilihat dapat mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, dan secara tidak langsung dapat memaparkan budaya bangsa Malaysia yang aman dan merdeka kepada masyarakat antarabangsa.

091b0a13 33c2 44e6 94cf 966d2ba7ae55

Ia juga dapat mengukuhkan ukhuwah antara barisan kepimpinan dan pengurusan universiti bersama warga staf dan pelajar universiti.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu hari raya oleh artis-artis Dewan Budaya USM dan penyanyi jemputan dalam kalangan staf dan pelajar USM.

ce6c6e1d c04c 456b b1b6 6c74bfddd0ab

84b6668e fa69 42c9 8860 d0ab0a57f8b8

Tahun ini tema sambutan adalah ‘Kampung-Style’ dan kesemua hadirin digalakkan membawa pinggan dan cawan sendiri sebagai salah satu usaha ke arah menerapkan amalan kelestarian.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 598

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024