USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ICAN COLLEGE BAGI MENJALINKAN USAHASAMA

ICAN COLLEGE 1

USM PULAU PINANG, 15 April 2024 – Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Prima Gading Corporation Sdn. Bhd., selaku pemilik penuh ICAN College, di Bilik Persidangan Canselori (CCR), USM.

Delegasi pelawat diketuai oleh Pengerusi Prima Gading Corporation Sdn. Bhd., Tan Sri Izzudin Dali, bersama Pengarah Urusan, Prima Gading Corporation, M Ganesh Kumar dan Ketua Eksekutif ICAN College, Chow Thin Sun.

Perbincangan sewaktu kunjungan itu yang turut disertai Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, adalah untuk membincangkan jalinan dan usahasama yang boleh dilaksanakan di antara kedua-dua institusi.

Ia akan meliputi kerjasama akademik melalui Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Perniagaan Antarabangsa & Ekonomi, ICAN College bersama pusat-pusat pengajian tertentu di USM.

ICAN COLLEGE 2

Selain itu, program mobiliti dan kerjasama dua hala yang melibatkan pelajar dan pensyarah daripada kedua-dua institusi turut dibincangkan.

Pada pertemuan itu juga, ICAN College turut menyatakan minat untuk berkolaborasi di dalam penyelidikan dan inovasi berkaitan beberapa bidang utama.

USM juga mencadangkan beberapa program jaringan usahasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua pihak, termasuklah penawaran program USM+1 dan program pesisir yang melibatkan pelajar antarabangsa.

Yang turut hadir dari pihak USM adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A. Wahab yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM; dan Penyelaras Unit Pengembangan Akademik & Profesional (LEAP) USM, Profesor Dr. Lee Keat Teong.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin

  • Created on .
  • Hits: 106

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024