USM TUAN RUMAH MESYUARAT JKNCRUA, BIl. 1., 2024; BINCANG PERKARA BERBANGKIT
USM PULAU PINANG, 4 Mac 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNC/R) Universiti Awam (UA), Bilangan 1, 2024.
Mesyuarat yang diadakan secara hibrid ini telah mengumpulkan kesemua UA di Malaysia yang berlangsung di Bilik Persidangan Canselori, USM.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk penambahbaikan Malaysia Research Assessment (MyRA); pelaksanaan Formula Pendanaan Baharu UA; keperluan penubuhan Jawatankuasa Tatakelola (JTK) di peringkat UA bagi menggantikan Jawatankuasa Antirasuah (JAR); perbincangan pelaksanaan lanjut Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi (KONSEPT); dan perkara berbangkit yang lain.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.
Hadir sama adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.
Perjumpaan dan mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu dikendalikan oleh Pejabat Naib Canselor USM.
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa dan Muhamad Ihsan Abu Bakar
- Created on .
- Hits: 632