USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-PERTUBUHAN BELIA LIGA MUSLIM JALIN KERJASAMA BANGUNKAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN

 USM PULAU PINANG, 21 Februrari 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan Belia Liga Muslim.

WhatsApp Image 2024 02 22 at 09.14.24

MoU ini merupakan titik permulaan untuk kerjasama yang unik yang mana ianya bertujuan untuk memberi faedah kepada pihak USM dalam aktiviti-aktiviti berbentuk program akademik dan penyelidikan melalui libatsama komuniti dan lain-lain kerjasama bersama-sama pihak badan bukan kerajaan (NGO) luar tersebut.

Berlangsung di Dewan Persidangan Pinang PPBLT USM, majlis penandatanganan MoU itu disempurnakan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPBLT, Profesor Madya Dr. Manjet Kaur Mehar Singh mewakili Dekan PPBLT USM bersama Pengerusi Pertubuhan Belia Liga Muslim, Jamil Kader Gani.

Menurut Timbalan Naib Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Dato’ Dr. Shahul Hameed Syed Mohamed dalam ucapannya berkata beliau berharap agar kolaborasi ini mampu menjana hasil pendidikan bagi membantu generasi akan datang.

“Terima kasih kepada pihak USM kerana sudi bergabung bersama untuk menjayakan kerjasama ini, sebagai pemangkin dalam aspek kehidupan belia, yang dengan harapan kerjasama ini dapat memartabatkan belia di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Manjet Kaur dalam ucapannya berkata MoU ini menandakan tekad bersama untuk menyokong dan memperkembangkan projek-projek komuniti, pendidikan dan penyelidikan yang akan memberikan manfaat jangka panjang kepada masyarakat secara umumnya.

“PPBLT USM amat menghargai semangat dan visi yang membimbing usaha sebegini. Bagi pihak pusat pengajian, saya berharap agar kejayaan ini akan menjadi hasil usaha bersama yang mana idea-idea kreatif dan inovatif akan berkembang melalui kolaborasi ini,” kata Manjet.

WhatsApp Image 2024 02 21 at 16.58.13

Hadir sama adalah Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPBLT USM, Azril Ali; Naib Presiden Pertubuhan Belia Liga Muslim, Ali Azlan Shah Shahul Hameed dan pegawai-pegawai utama PPBLT USM dan Pertubuhan Belia Liga Muslim.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 173

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024