JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERUTUSAN NAIB CANSELOR USM 2024
USM PULAU PINANG, 14 Februari 2024 – Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan sesiapa sahaja yang berminat dijemput mengikuti Majlis Perutusan Naib Canselor USM 2024 pada hari Selasa, 20 Februari 2024, jam 2.30 petang di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.
Naib Canselor, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed akan menyampaikan perutusannya yang bertajuk 'Memimpin Kecemerlangan APEX' dengan menggariskan fokus-fokus tumpuan USM pada tahun ini dalam memenuhi misi dan visinya.
Perutusan yang sama akan diadakan di Auditorium Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal pada hari Rabu, 21 Februari 2024, jam 2.30 petang dan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Kelantan pada hari Isnin, 26 Februari 2024, jam 9.30 pagi.
- Created on .
- Hits: 871