USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

APEL BERI KEMASUKAN FLEKSIBEL MELANJUTKAN PENGAJIAN; LAYARI LAMAN WEB RASMI PPA USM apel.usm.my

USM PULAU PINANG, 8 Februari 2024 – Bermula tahun 2011, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membenarkan kemasukan melalui Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning atau singkatannya APEL) sebagai salah satu syarat kelayakan kemasukan ke semua institusi pengajian tinggi (IPT). 

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran ke program pengajian di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT).

WhatsApp Image 2024 02 02 at 17.07.50

Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), Pusat Penilaian APEL (PPA) USM terletak di bawah pentadbiran Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) USM.

Calon yang lulus penilaian APEL boleh melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau secara separuh masa.

Dengan kelulusan APEL, anda kini boleh meneruskan hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Antara kelebihan APEL ialah:

  • Salah satu kaedah untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat;
  • Mewujudkan masyarakat berilmu bagi tujuan meningkatkan ekonomi negara dan pembangunan sosial;
  • Menyumbang ke arah pembangunan bakat negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran;
  • Mengambil kira dan mengiktiraf pengalaman pembelajaran individu yang diperoleh di luar aliran formal;
  • Mengelakkan pembelajaran yang berulang;
  • Boleh mengurangkan kos pengajian pelajar;
  • Menjadikan sistem pendidikan tinggi kita lebih fleksibel dan setanding negara maju yang rata-ratanya telah mengiktiraf pembelajaran terdahulu;
  • Tempoh pengajian yang dilalui pelajar adalah lebih singkat;
  • Menggalakkan individu yang bekerja untuk memperoleh kelayakan yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi PPA USM iaitu apel.usm.my.

Teks: Mohd Rashid Abdul Rejab (PPPJJ USM) & Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 196

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2023