USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

Tahniah diucapkan buat Saudara Akmal Hasif bin Mohamad Sukri yang telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Pelajar Malaysia Sayembara Deklamasi Puisi, Piala Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan Peringkat Antarabangsa, Bersempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia & China Ke-50,

Mendeklamasikan puisi Menuntun Si Merdeka, Saudara Akmal Hasif daripada UiTM Shah Alam di bawah Persatuan Aktivis Puisi (AKSI) berjaya menewaskan 20 orang peserta lain bagi Kategori Peserta Malaysia, yang bertempat di Dewan Pembangunan Siswa, Universiti Sains Malaysia pada tarikh 5-6 Januari 2024

Sekalung penghargaan buat Pegawai Pengiring Puan Jamilah Mat Zain, dari Pusat Kebudayaan UiTM Shah Alam bersama Kerabat Aksi Saudari Nor Hakira Muhammad Arif dan Saudari Nor Amira Syawani Mohd Rozaimi. 


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024