USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

PUSAT ISLAM USM HAYATI PENDIDIKAN TERENGGANU

(Utusan, 15 November 2017, Ms 26, Ruangan Utara)

Pulau Pinang 14 Nov.- Program Ziarah Ilmu anjuran Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) ke beberapa institusi pendidikan sekitar Terengganu baru-baru ini disifatkan berjaya memberi impak positif terhadap produktiviti dan perkhidmatan Pusat Islam kepada komuniti dalam dan luar kampus. Program itu membolehkan Pusat Islam memahami dan menghayati corak pentadbiran pendidikan rendah sehingga pendidikan tertinggi di Terengganu sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan. Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Sofri Yahya berkata, Pusat Islam sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman baharu apatah lagi perubahan ke arah mencapai tadbir urus lebih baik dan berkesan.

Katanya, usaha itu juga bertetapan dengan kelulusan penubuhan Pejabar Wakaf USM di bawah seliaan Pusat Islam pada Mac lalu, sekali gus memerlukan bantuan kepakaran seperti dari Unversiti Sulatan Zainal Abidin (Unisza) bagi berkongsi pengalaman tadbir urus wakaf di universiti tersebut. Terengganu yang sinonim dengan pengurusan akademik terbaik menjadi pilihan USM untuk berkongsi kepakaran pendidikan rendah melalui program lawatan ke Tadika Yayasan Islam Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selain unisza.

15 November 2017 Pusat Islam USM Hayati Pendidikan Terengganu Utusan

 

  • Created on .
  • Hits: 1100

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024