USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERBAKTI MENERUSI SAINS, MATEMATIK

(Harian Metro, 15 November 2017, Ms H58, Ruangan Hati)

Penerima anugerah, Dr Jasy diiktiraf atas usahanya membina sebuah sistem yang mengesan tanda kemurungan dengan menganalisis corak emosi di media sosial. Dalam dunia digital hari ini yang penggunaan media sosial sangat meluas, Dr Jasy percaya dan yakin tanda kemurungan boleh dikesan dengan cepat melalui saluran itu. Dalam penyelidikannya, dia cuba melihat corak emosi yang dikaitkan dengan kemurungan melalui gaya penulisan mesej, tweet atau sebarang komen di media sosial yang biasanya mengandungi petanda keadaan emosi seseorang.

Bekerja dalam pengurusan sumber mapan, seorang lagi penerima anugerah, Dr Teh meraih anugerah itu atas usaha menggabungkan sains, kejuruteraan, teknologi dan matematik untuk melindungi sumber perairan pantai di Malaysia. Dr Teh mengakui sejak berada di sekolah menengah lagi dia memang sangat sukakan subjek sains dan bercita-cita menjadi saintis. Perkara itu mendorong saya untuk menjadi lebih kreatif dan mencabar diri sendiri dalam mencari penyelesaian bagi apa juga masalah. Sains membuatkan saya rasa gembira dan berupaya. Saya rasa puas apabila dapat menggunakan sains untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

15 November 2017 Berbakti Menerusi Sains matematik Metro

 

  • Created on .
  • Hits: 1144

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024