USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM LANCAR KELAB EDUVARIOM ZON TENGAH

DSC 0019l

CYBERJAYA, 24 Mei 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Projek Variom Manusia Nod Malaysia (MyHVP) hari ini melancarkan Kelab Eduvariom bagi Zon Tengah selepas berjaya melaksanakannya di sekitar negeri Kelantan sejak tahun 2014.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi MyHVP yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr Zilfalil Alwi di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya bersempena Hari Genetik 2015.

DSC 0032l

DSC 0036l

Menurut Zilfalil, Kelab Eduvariom ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan melalui pakar dan individu professional supaya lebih peka dengan pendidikan kesihatan terutamanya penyakit pewarisan genetik seperti Talasemia.

“Melalui kelab ini, para pelajar akan dibawa melawat makmal yang menjalankan ujian saringan talasemia dan tabung darah sempena program sehari bersama pakar-pakar hematologi dan juga perkongsian ilmu dan pengalaman para penyelidik seperti yang dilakukan hari ini,” ujar Zilfalil.

“Kelab sebegini telah ditubuhkan di kebanyakan SBT di seluruh negeri Kelantan dan ini adalah pertama kali Kelab Eduvariom ditubuhkan di zon tengah dan akan terus ditubuhkan di seluruh Malaysia,” tambah Zilfalil.

DSC 0045l

Antara sekolah yang telah menubuhkan Kelab Eduvariom adalah SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bharu, MRSM Tumpat dan Maktab Sultan Ismail Kota Bharu, Kelantan.  

Hari Genetik 2015 adalah anjuran MyHVP USM dengan kerjasama Persatuan Genetik Malaysia (PGM) dan Majlis Bioetika Negara (MBN) dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) merangkap Pengerusi MBN, Profesor Datin Dr Azizan Baharuddin.

DSC 0011l

DSC 0014

“Melalui program dan pelancaran kelab ini pelajar dapat mendalami bidang sains yang mana kekadang menjadi fobia kepada para pelajar untuk menjurus dalam bidang ini selain dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sains yang mana berkait rapat dengan bidang ilmu keislaman,” ujar Azizan.     

“Program sebegini selain dapat memberikan lebih kefahaman kepada para pelajar mengenai bidang yang dipelajari ianya juga dapat mendekatkan pelajar dengan saintis negara yang mempunyai pengalaman yang luar biasa,” tambah Penolong Kanan SSP, Umi Nafisah Md Sirat yang mewakili Pengetua Cemerlang SSP, Siti Rogayah Yahya.

Hari Genetik 2015 turut memuatkan ceramah oleh Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor yang bertajuk “Genetically Modified Organism. Ape takutkan?” serta forum “Bisakah Dia Nikahi Aku?” yang membariskan panel seperti Profesor Dr Thong Meow Keong, Dr Mohd Ismail Ibrahim serta seorang pesakit Talasemia, Suhana Hashim. 

DSC 0026

 Program sehari itu telah mengumpulkan lebih 300 orang pelajar Tingkatan 4 dan Lima SSP dan juga Kolej Tunku Kurshiah. - Teks dan foto: Nor Rafizah Md Zain 

  • Created on .
  • Hits: 987

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024