USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CABARAN GETIR USM MOUNTAIN BIKE CHALLENGE

11152687 10206680235388925 7824752091595723857 n

KUBANG KERIAN, KELANTAN 24 Mei 2015  - "USM Mountain Bike Challenge 2015"  yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) USM Kampus Kesihatan dan Badang Outdoor Solutions hari ini berjaya menarik minat 150 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Sebanyak 6 kategori dipertandingkan iaitu untuk lelaki berumur 18-26 tahun yang melibatkan 8 pusingan, 27-33 tahun (5 pusingan), 34-40 tahun (8 pusingan),  41-54 tahun (5 pusingan), 55 tahun ke atas (3 pusingan) dan kategori terbuka wanita (5 pusingan).

11265265 10206680242509103 8244539016361358262 nrg

Ketua Penolong Pendaftar (HEPA), Hafiz Assad Zakaria yang juga  penyelaras pertandingan berkata, peserta-peserta yang bertanding kebanyakan adalah pelumba tempatan di samping beberapa pesaing yang datang dari negara jiran, Thailand.

Tambah Hafiz Assad, kejohanan yang julung kali dianjurkan ini bertujuan membentuk budaya hidup sihat dengan berbasikal serta merapatkan hubungan antara komuniti USM dengan masyarakat di luar kampus.

“Selaras dengan motto kejohanan ‘GO Green’, diharapkan kejohanan ini juga dapat memupuk perasaan cinta dan sayang kita dalam menghargai alam semula jadi," kata Hafiz Assad.

Menurutnya lagi, pertandingan yang bermula di Padang Golf USM dan laluan sekitar kampus ini juga menyajikan cabaran getir kepada peserta-peserta yang terpaksa mengharungi trek laluan berbukit.

11350584 10206680236988965 8568186912490718733 n

Bagi Muhammad Ayub Muhammad Radzi, 20, yang mewakili Kedah, pertandingan ini benar-benar mencabar minda dan fizikalnya.

“Laluan berbukit yang curam dan jalan yang tidak rata merupakan antara halangan yang memerlukan seseorang itu memiliki daya kosentrasi yang tinggi dan penglihatan yang tajam,” katanya.

“Walaupun terlibat dalam kemalangan kecil semasa perlumbaan, saya berbangga kerana berjaya menamatkan saingan,” katanya yang menduduki tempat kedua keseluruhan.

11329822 10206680241789085 5158580606926616081 n

11182143 10206680244109143 548991393138737031 n

Juara ‘USM Mountain Bike Challenge’, Mohamad Azizul Azli Shaari, menyifatkan pertandingan kali ini amat sengit dengan para pelumba terpaksa berhadapan dengan pelumba berpengalaman dari negara luar.

“Namun saya tidak putus asa dan dengan semangat tidak mudah menyerah saya berjaya juga menewaskan pelumba lain dan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 20 minit,” ujarnya puas.  Teks:  Mohamad Iqmal Mathlan

  • Created on .
  • Hits: 911

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024