INOVASI RINTIS BERTERASKAN TERAS APEX

 DSC7328
Para pelajar yang terlibat dalam program RINTIS 2015 menghasilkan produk dan karya seni mereka berteraskan kepada teras program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) USM.
Pelajar seni halus, Amirul Alwi misalnya menghasilkan karya seni yang menceritakan tentang pesakit Skizofrenia melalui bentuk visual dengan kaedah fotografi dan adaptasi video.
"Idea menghasilkan karya seni ini timbul apabila saya sendiri pernah mengalaminya selama setahun setengah yang menjadi sumber inspirasi untuk berkarya dan mengharapkan  masyarakat di luar tidak salah anggap kepada pesakit skizofrenia berlandaskan kepada teras APEX iaitu kemanusiaan," kata Amirul. 
Sementara itu, Norma Haron dari pengkhususan rekabentuk produk memperoleh idea mengubah dan menyelamatkan perabot lama yang tidak dipakai atau komponen lama untuk diletakkan ke dalam rekaan perabot baharu.
"Konsep 'upcycled' adalah bertujuan untuk menukar kos melalui kaedah kelestarian dengan menukar perabot lama yang tidak diingini menjadi bahagian yang mempunyai nilai alam sekitar yang baik," jelas Norma.
Hasil kreatif dan kelainan pelajar dapat dilihat dari karya dalam pengkhususan lakonan dan pengarahan Taufik Mohd Sallehuddin yang menggabungkan media baharu dan juga teater dalam projek akhir tahunnya.
"Kombinasi kedua-dua  cabang seni ini adalah cabaran untuk diri sendiri dalam menghasilkan kelainan untuk projek tahun akhir melalui skrip dan pengarahan teater bertajuk 'protes' yang menceritakan persoalan hubungan antara manusia dan pencipta-Nya," kata Taufik. - Teks: Syuhada Abdul Aziz/Suntingan: Mohamad Abdullah / Foto: Zamani Abdul Rahim

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015