USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BOLING ERAT HUBUNGAN USM-MEDIA

IMG 1191

PULAU PINANG 20 Mei. - Pusat Media dan Perhubungan Awam(MPRC)  Universiti Sains Malaysia (USM) buat kali kedua menganjurkan pertandingan boling antara pengamal media di Pulau Pinang dan staf USM dalam usaha mengeratkan hubungan bersama sempena program Media@ USM 2015.

Menerusi pertandingan itu, kira-kira 80 peserta dari lebih 20 pasukan mewakili pelbagai organisasi pengamal media mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang juga bertujuan untuk menghargai dan membalas jasa baik pihak media yang telah membantu meningkatkan jenama USM.

IMG 1209

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang telah banyak membantu selama ini dan tidak jemu untuk terus menghasilkan penulisan dan karya yang baik dan bermutu tinggi,” ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman ketika berucap sebelum melakukan balingan permulaan pertandingan.

IMG 0441

Dalam pertandingan berkenaan yang diadakan di Premium Lane Sunshine Square, kumpulan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd yang dianggotai oleh Mohd. Azeli Ali, Mohd. Firdaus Ismail dan Sazali Che Din berjaya merangkul tempat pertama dengan 1589 jatuhan pin dan membawa pulang medal, wang tunai sebanyak RM500, piala pusingan Naib Canselor dan juga hamper.

Sementara itu tempat kedua pula dirangkul oleh kumpulan Nanyang yang diwakili oleh Muhammad Mikail Ong Abdullah, Tan Hui Chuan, Chan Wei Hong dan Wong Soon Eng dengan 1577 jatuhan pin serta membawa pulang medal, wang tunai sebanyak RM400 dan hamper.

Manakala tempat ketiga diraih oleh Guang Ming Daily yang diwakili oleh Ang Tong Kai, Lee Kelvin, Tang Choon Lee dan Chew Chee Seong dengan 1488 jatuhan pin.

IMG 0450

Kategori pemain terbaik lelaki disandang oleh Muhammad Mikail Ong Abdullah dari Berita Harian dan kategori wanita pula diraih oleh Asmarazana Johari dari Harian Metro masing-masing membawa pulang piala.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh isteri Naib Canselor USM, Datin Noraizan Jamaludin di Malam Media@USM yang berlangsung kelmarin di Hotel St. Giles, Georgetown.

IMG 0460

IMG 0467

IMG 0471

Turut menerima hadiah bagi kategori staf adalah kumpulan MPRC Kesihatan & Kejuruteraan. MPRC Kampus Induk dan Pengurusan Tertinggi Universiti yang diwakili oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (TNC) (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato’ Dr Muhamad Jantan dan isteri Datin Suraiya Kassim  serta TNC (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dato’ Dr See Ching Mey.

Turut mengambil bahagian adalah TNC (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato' Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal serta isteri dan TNC (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dato' Dr Adnan Hussein serta isteri. Teks: Syuhada Abd. Aziz dan Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1371

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024