USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CHAMIL WARIYA, SHERKAWI JIRIM TOKOH MEDIA USM

PULAU PINANG, 20 Mei 2015 - Wartawan veteran  yang lebih 38 tahun bergelumang dengan  dunia media, pernah berkhidmat di dalam dan luar negara dan kini menjadi ketua eksekutif Institut Akhbar Malaysia Datuk Dr. Chamil Wariya dan siswazah Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 1974 yang terkenal sebagai pengulas sukan terkenal Sherkawi Jirim dinobatkan sebagai Tokoh Media USM di Majlis Malam Media@USM di sini malam tadi.

Kedua-duanya dipilih berasaskan sumbangan besar kepada dunia media dan negara dalam bidang masing-masing yang diharapkan dapat pula memberikan kepakaran dan berkongsi pengalaman mereka dengan USM pada masa hadapan.

“Saya sangat terharu dengan anugerah ini, yang sangat besar ertinya kepada saya secara peribadi apatah lagi menerimanya dari USM yang tentunya ingin saya kembali memberikan sumbangan dan bakti kembali setelah banyak terlibat dalam media yang menjadi passion saya selama ini,” kata Sherkawi selepas menerima anugerah tersebut berupa trofi dan sijil dari Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.

Manakala Chamil dalam ucapannya berkata, inilah pertama kali beliau anugerah seperti ini yang tentunya amat besar maknanya setelah lebih 30 tahun terlibat dalam bidang ini, apatah lagi dari USM yang telah banyak berjasa kepadanya.

“Saya fikir saya belum lagi menyumbang banyak kepada USM namun berharap dapat bersama-sama membantu universiti dalam jangka panjang,” kata Chamil.

Pada bulan April lalu, beliau menerima ijazah Doktor Falsafah USM pada usia 62 tahun dalam Upacara Konvokesyen Ke-51.

Terdahulu, dalam ucapannya Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menyifatkan media adalah rakan kongsi USM yang penting dan perlu bergerak seiring.

“USM menghargai pengamal-pengamal media dan melihat bagaimana kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam merelevankan agenda pendidikan tinggi negara,” kata Omar.

Tambahnya lagi USM telah menubuhkan Pusat Media dan Perhubungan Awam untuk memperkukuhkan usaha ini dan menjalin kerjasama dengan pusat-pusat pengajian yang berkaitan untuk bersinergi menjayakan usaha ini.

“USM berterima kasih kepada media yang memberikan liputan kepada universiti dalam pelbagai aktiviti yang diadakan dengan indeks nilai periklanan (AVI) sebanyak lebih RM40 juta pada tahun 2014,” tambahnya lagi.

Manakala pemberita yang sering membuat liputan di USM sejak lebih 20 tahun lalu dari akhbar New Straits Times Marina Emmanuelle turut diberikan Anugerah Khas, namun tdak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Majlis Malam Media@USM dihadiri oleh lebih 150 orang pengamal media dari sekitar Pulau Pinang berlangsung meriah menyaksikan beberapa pemberita menerima hadiah-hadiah utama Anugerah Media 2014. Di samping itu 20 orang lagi diberikan Anugerah Penghargaan Khas termasuk para alumni USM yang bertugas dalam media termasuk dari Kuala Lumpur, mereka yang telah lama membuat liputan tentang USM di Pulau Pinang dan juga sebahagian dari mereka yang telah bersara daripada media.

Malam Media@USM dianjurkan oleh Pusat Media dan Perhubungan Awam USM dengan dihadiri sama oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor USM, Pengarah RTM Pulau Pinang dan para pegawai utama USM.  Lebih 100 hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh para profesor dan ketua jabatan USM serta pihak-pihak tertentu turut dibawa balik oleh para pengamal media yang hadir. 

Senarai Pemenang Anugerah Media 2014:

ANUGERAH UTAMA:

1. Kategori Berita Bahasa Melayu (Cetak)

MOHD SAIPUL ADLI MOHAMAD (HARIAN METRO)

SALMAN HAMAT

HADZLIHADY HASSAN

AZMA RAZANA JOHARI

ZUHAINY ZULKIFFLI

Tajuk Berita: Laporan bersiri Kejohanan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-cuti 1 Malaysia 2014

2. Kategori Berita Bahasa Inggeris (Cetak)

NGUI CUNG SHEN AARON (THE SUN)

Tajuk Berita: Big interest in Penang transport plan

3. Kategori Berita Bahasa Cina (Cetak)

LAI THIEM WAH (NANYANG SIANG PAU)

Tajuk Berita: Lab Bukan ‘Gajah Putih’, USM Tak Bazir Peruntukan Kerajaan

4.Kategori Rencana Bahasa Melayu

NUR AZHARI ZAINOODDIN (UTUSAN MALAYSIA)

Tajuk Rencana: Tiram jana rezeki, tambahan nelayan pantai

5. Kategori Berita Bahasa Melayu (Elektronik)

DEWI NUR HARASHA ALIAS (ASTRO AWANI)

Tajuk Rencana: Dining in the dark

6. Kategori Foto

MOHAMAD DANIAL MOHAMAD SAAD (BERITA HARIAN)

Tajuk Rencana: RINTIS beri ruang pelajar pamer reka cipta

7. Kategori Visual

ZAIDI ZAKARIA (RTM PULAU PINANG)

Tajuk Rencana: Penyelidikan teknologi membran Prof. Dr. Abdul Latif

- Teks: Mohamad bin Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 3242

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024