USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JABATAN ANAESTHESIA DAN JABATAN PEDIATRIK ANJUR SEMINAR PENJAGAAN PALIATIF PEDIATRIK

KUBANG KERIAN, 18 Mei 2015 - Menyedari kepentingan penjagaan Paliatif Pediatrik (Palliative Care) yang menawarkan rawatan serta sokongan untuk pesakit dan keluarga, Jabatan Anaesthesia  Hospital USM dengan kerjasama Jabatan Pediatrik  menganjurkan seminar “Practical Approach to Pain in Paediatric Palliative Care: Living Life to the Full” di sini.

 Seminar tersebut dihadiri seramai 100 peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan dan Paramedik dengan penceramah jemputan daripada Hospice and Pain Specialist, Pintung Christian Hospital, Taiwan, Dr. Neoh Choo Aun.

Ahli Jawatankuasa penganjur, Dr. Shyamala Kumar, seminar ini memberi fokus kepada peserta bagi menambah pengetahuan mengenai penjagaan dan rawatan pesakit paliatif untuk kanak-kanak (Paediatric Palliative Care) dan mengajar cara alternatif bagi meningkatkan mutu hidup pesakit paliatif di hospital dan rumah.

“Pesakit paliatif sering dikaitkan dengan penghidap penyakit yang boleh membawa maut serta dengan adanya penjagaan yang baik pesakit mampu menjadikan sisa-sisa kehidupan itu lebih tenang dan bermakna dengan menitikberatkan kepada sokongan oleh ibu bapa dan keluarga pesakit kerana mereka mungkin berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan semasa menjaga pesakit,” katanya.

Menurut Shyamala lagi, melalui seminar tersebut para peserta ditunjukkan oleh Dr. Neoh Choo Aun demonstrasi mengenai cara untuk mengurut pesakit penjagaan paliatif pediatrik.

“Melalui penjagaan paliatif, pesakit akan mendapat rawatan secara keseluruhan kerana ia bukan sahaja mengenalpasti dan merawat masalah-masalah fizikal (seperti kesakitan), tetapi juga memberi sokongan psikologi, emosi dan rohani kepada pesakit dan keluarga,” tambahnya lagi. - Teks/Foto: Wan Salizawati Wan Ismail

  • Created on .
  • Hits: 1102

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024