USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LARIAN KUMPUL DANA BANTU PESAKIT SUMBING BIBIR DAN LELANGIT

larian 1

KUBANG KERIAN, 17 Mei – Lebih 400 orang mengambil bahagian dalam program ‘Run For Cleft’ kali ketiga anjuran Persatuan Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSG) untuk mengumpul dana yang akan disalurkan kepada ‘Cleft Lip and Palate Association of Kelantan’ (CLAPAK) serta Bakti Sosial Sumbing Bibir dan Lelangit PPSG dengan membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah sumbing bibir dan lelangit.

larian 2

Pengerusi CLAPAK, Dr Wan Azman Wan Sulaiman berkata program sebegini dapat membantu kira-kira 1,600 orang pesakit sumbing bibir dan lelangit di seluruh Kelantan yang menjalani rawatan sama ada di Hospital Universiti Sains Malaysia atau Hospital Raja Perempuan Zainab II  termasuk membantu meringankan beban pesakit berulang-alik mendapatkan rawatan.

Tambahnya lagi, diharapkan program seperti ini ditingkatkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah sumbing bibir dan lelangit.

larian 3

Dana yang dikutip juga turut disalurkan kepada program bakti sosial sumbing bibir dan lelangit ke Indonesia yang dilaksana oleh PPSG serta membantu pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan yang kurang bernasib baik. - Teks dan Foto:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid

  • Created on .
  • Hits: 907

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024