USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM SERTAI D.Y.T.M. RAJA MUDA PERLIS RAI GOLONGAN TERKEBAWAH

 DSC6797

KUALA PERLIS, 16 Mei 2015 - Pegawai-pegawai Utama Universiti Sains Malaysia (USM) termasuk Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman turut bersama-sama D.Y.T.M. Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mendekati golongan terkebawah di negeri Perlis menyertai kira-kira 200 orang tetamu D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis mengayuh basikal sejauh 7 km mendekati penduduk kampung Kuala Perlis sambil memberi sumbangan amal.

 DSC6813

 DSC6818

'Kayuhan Terus Tempur Gempita' itu diadakan sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke-72 pada 17 Mei 2015 yang akan berlangsung di Istana Arau, Perlis. D.Y.M.M. Tuanku Raja Perlis juga adalah Canselor USM.

Menurut Omar, USM sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membantu golongan memerlukan.

 

 DSC6839

 DSC6897

"Menjadi harapan dan aspirasi universiti untuk membantu dalam segenap aspek yang diperlukan agar mereka mampu mencari jalan keluar dari kepompong kemiskinan," kata Naib Canselor.

Turut berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis D.Y.T.M Tuanku Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta kerabat Diraja Perlis.

Kayuhan yang masuk kali ke-48 ini melibatkan tiga kumpulan mengagihkan asnaf-asnaf yg layak menerima bantuan.

 DSC6912

Acara ini adalah anjuran bersama Majlis Agama Islam Perlis dan Jabatan Pertanian Perlis. – Teks/Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1181

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024