USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM ANEKARAGAM KEMUNCAK AKTIVITI PKI

 DSC6490

PULAU PINANG, 11 Mei 2015 – Malam Anekaragam yang diadakan untuk mengenengahkan bakat para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan acara kemuncak aktiviti tahunan Persatuan Kebudayaan India (PKI) USM.

“Program sebegini dapat meningkatkan sifat kepimpinanan dalam diri setiap pelajar di samping mengasah bakat-bakat terpendam para pelajar, “ ujar Pegawai Khas 1 kepada Menteri Besar Perak, Sivarajah Chandran yang berucap merasmikan acara ini.

 DSC6480

Menurut Penasihat PKI yang juga Pensyarah Pusat IPV6 Termaju Negara Dr Selvakumar Manickam, program ini merupakan platform untuk para mahasiswa menimba pengalaman dalam penganjuran program berskala besar di samping memartabatkan budaya, tradisi dan juga identiti masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat India.

“Melalui budaya dan tradisi juga kita dapat menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat serta membantu golongan yang kurang bernasib baik,” ujar Selvakumar.

 DSC6496

“Sebanyak RM5000.00 hasil daripada penjualan tiket Malam Anekaragam ini yang berharga RM6 hingga RM40 telah disumbangkan kepada National Autism Society of Malaysia (NASOM) dan berharap dapat membantu mereka menjalankan pelbagai aktiviti pada masa akan datang,” ujar Pengarah Projek, Sugantan Krishnan .

 DSC6447

 DSC6470

 DSC6506

Malam Anekaragam yang dianjurkan buat kali ke-23 ini bertemakan ‘From Community to Community’ dihadiri oleh lebih 1,000 orang penonton.

 DSC6527

Pelbagai persembahan seperti tarian oleh Kalamandhir Dance Academy, Kulim dan juga drama oleh pelajar tahun satu yang cukup indah mengisahkan kehidupan keluarga yang dianugerahkan anak autism diadakan yang menarik perhatian penonton. Teks: Nor Rafizah Haji Md Zain / Foto: Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1377

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024