USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKOKU BERI PELUANG OKU BERIADAH

oku 2

KUBANG KERIAN, 7 Mei 2015 - Ketidaksempurnaan fizikal yang dimiliki bukan penghalang untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) hidup aktif, bersukan, beriadah dan bergembira bersama masyarakat sekeliling.

Menyedari kepentingan riadah kepada OKU, Bahagian Jaringan Industri Dan Masyarakat (BJIM) Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya (SUKOKU) 2015.

Program 'Flagship' universiti ini bertujuan membantu OKU lebih sihat dan aktif dengan memberi peluang untuk bersukan berkonsepkan sukaneka yang melibatkan 170 orang peserta termasuk guru pengiring dari 19 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kelantan.

oku 3



Pengarah Projek, Dr. Mohd Zulkifli Abd Rahim berkata,  sukaneka ini adalah satu cara membantu OKU meningkatkan hubungan sosial dan meningkatkan kesedaran dalam memperjuangkan hak-hak OKU sekaligus  menyedarkan masyarakat untuk lebih cakna dengan memberi peluang kepada mereka dalam  menjalani kehidupan seperti manusia sempurna dan mengubahsuai cara kita untuk keselesaan mereka.

“Kerjasama yang erat antara PPSK, BJIM dan Kebajikan Masyarakat adalah satu jaringan yang diwujudkan untuk terus membantu supaya mereka tidak disisihkan oleh masyarakat,” katanya lagi.

kelanatan

Perasmian penutup SUKOKU telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kesihatan Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed. - Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Wan Ahmad Nizamuddin

  • Created on .
  • Hits: 1245

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024