USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

25 ORANG DELEGASI USB MELAWAT USM

 DSC6283

PULAU PINANG, 5 Mei 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan hormat 25 orang delegasi dari Universitas Sulawesi Barat (USB)  yang diketuai oleh Timbalan Rektor Akademik dan Kemahasiswaan, Dr Muhammad Saad.

Turut bersama dalam delegasi tersebut ialah Mentor USB, Dr Rahmat Hasanuddin, Pengarah Pejabat Antarabangsa USB, Dr Muhammad Nasir Badu, pegawai-pegawai kanan dan wakil pelajar USB.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman yang menyambut kunjungan mereka berharap hubungan USM dengan USB dapat diperkukuhkan pada masa hadapan melalui lebih banyak aktiviti bersama terutamanya dalam aspek penyelidikan dan memperkukuhkan sistem pendidikannya di samping mengalu-alukan pensyarah dari USB untuk melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PHD) di USM.



 DSC6290 "Konvokesyen USM baru-baru ini telah melahirkan 12 orang doktor falsafah dalam kalangan pensyarah dari Universitas International Batam (UIB) Indonesia melalui kolaborasi program pasca siswazah doktor falsafah kepada pensyarah universiti dan USM dapat melahirkan lebih ramai pensyarah yang mempunyai pendidikan tinggi untuk masa hadapan universiti dan negara," tambah Omar.

Dalam ucapan balasnya, Muhammad Saad turut mengharapkan kunjungan tersebut akan membolehkan kedua-dua pihak berkongsi dan bertukar-tukar pendapat berkenaan pentadbiran dan pengurusan USM sebagai sebuah universiti penyelidikan dan berpengalaman jauh dalam bidang pembelajaran dengan USB pada masa akan datang serta  memperkukuh pembelajaran dan pengajaran di USB.

"Kami di USB merasa bertuah dapat berkunjung ke USM antara universiti yang tertua di Malaysia dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang pendidikan serta mengharapkan akan ada kerjasama dalam jangka masa yang panjang dengan USM terutama dalam program pengsiswazahan doktor falsafah staf akademik di USB," tambahnya lagi.

 DSC6294



Beliau menyambut baik hasrat dan saranan Naib Canselor USM untuk menjalankan program pengsiswazahan doktor falsafah untuk pensyarah USB sebagai universiti baharu dengan kebanyakkan pensyarahnya berkelulusan peringkat sarjana.

Rahmat pula mengalu-alukan penyertaan USM dalam satu seminar yang akan diadakan di Sulawesi Barat, Indonesia pada bulan Oktober ini iaitu Seminar Maritim Antarabangsa selama 20 hari untuk berkongsi  berpengalaman jauh dengan memberi ucap utama dalam seminar tersebut,

"Kami berbesar hati sekiranya USM juga menghantar pelajar dan pensyarah untuk menyertai seminar ini," katanya lagi.

 DSC6298



USB yang baru berusia dua tahun mempunyai kira-kira 4,000 pelajar dengan tujuh fakulti iaitu Sains Politik, Sains Kesihatan, Matematik dan Sains, Pertanian, Kejuruteraan, Ekonomi manakala Fakulti Undang-undang akan ditubuhkan pada tahun hadapan.

Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor USM,  pegawai-pegawai pengurusan tertinggi universiti serta pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar USM. Teks: Syuhada Abd Aziz / Foto: Zamani Abdul Rahim 

  • Created on .
  • Hits: 1137

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024