USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ANGKAT MARTABAT KERJAYA SAINS MAKMAL PERUBATAN, KATA TNC AA

P1nb

KOTA BHARU, KELANTAN, 28 April 2015 – Konsep dunia tanpa sempadan dan kecanggihan teknologi moden yang memungkinkan apa sahaja cabaran dan peluang di hadapan mata menjadikan skop tugas dalam kerjaya dalam bidang Sains Makmal Perubatan bukan lagi tertumpu di dalam makmal tetapi juga semakin meluas dalam pelbagai lapangan yang lain.

Berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Sains Makmal Perubatan Kali Ke-3 (3rd NaCMeLS) di sini, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal berkata, semua pihak yang terlibat perlu melihat dengan mendalam untuk mengangkat martabat kerjaya bidang ini agar terus ke hadapan.

P2bn

Beliau mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Profesor Dr. Asma Ismail. Pesidangan yang diadakan selama tiga hari bermula 28 April 2015 itu dianjurkan oleh Persatuan Sains Makmal Perubatan, USM (AMeLS) disertai oleh 130 orang peserta dari seluruh negara.

P5hj

"Gunakan ruang dalam forum ini dengan berkongsi kepakaran dan ilmu pengetahuan serta mencari alternatif baharu untuk memajukan kerjaya," kata Ahmad Shukri.

Ahmad Shukri  turut menyarankan agar mewujudkan jaringan kerjasama erat dalam kalangan Persatuan Sains Makmal Perubatan di negara ini untuk memantapkannya lagi dan memudahkan kesepakatan dalam menangani sesuatu isu yang timbul.

P3hh

"Sudah sampai masanya untuk bergabung tenaga dan usaha demi kepentingan semua pihak," tambahnya lagi.

Terdahulu, Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan selaku Pengarah Persidangan iaitu Encik Abdullah Waidi berkata, skop kerja juruteknologi kini bukan sahaja rutin di makmal tapi kami juga terlibat dalam perawatan pesakit di samping menyumbang buah fikiran dalam kerja penyelidikan.

Semua pihak perlu lebih peka serta berusaha memajukan diri untuk masa hadapan juruteknologi makmal  yang lebih baik dengan menaikkan imej kerjaya ini di mata pihak luar, walau pun bekerja di belakang tabir," kata Abdullah.

P7hgh

Hadir sama  ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed, Pengarah Hospital USM, Dato' Dr. Zaidun Kamari dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Ahmad Zakaria. - Teks/Foto: Mohd Rodin Che' Yusoff​

  • Created on .
  • Hits: 1410

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024