TNB KILAT KL JUARA PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KE-46

kilat1

PULAU PINANG, 2 Disember 2019 : TNB KILAT Kuala Lumpur merangkul kejuaraan Pesta Hoki USM-Penang International kali ke-46 apabila berjaya menundukkan Landak Kuala Lumpur bagi kategori utama, Terbuka Primier dengan jaringan 2-0.

Gol padang hasil jaringan Norhizzat Sumantri di separuh masa pertama dan Muhamad Ramadan Rosli di hujung separuh masa kedua cukup meletakkan pasukan tersebut dinobatkan juara Pesta Hoki USM-Penang International edisi kali ini yang berlangsung di Stadium Hoki, Universiti Sains Malaysia (USM).

TNB Kilat Kuala Lumpur dibarisi pemain-pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan ternyata tidak mampu ditandingi skuad Landak Kuala Lumpur apabila mempamerkan permainan cukup menarik seawal wisel berbunyi dengan mengatur pelbagai serangan merbahaya ke kubu lawan.

kilat3

Juara membawa pulang wang tunai bernilai RM2500.00, Piala Pusingan Sultan Azlan Shah, piala iringan, medal dan barangan tajaan Nestle Products (M) Sdn. Bhd. (Nestle), manakala naib juara menerima wang tunai bernilai RM1750.00, medal serta barangan tajaan Nestle.

kilat4

Tempat ketiga pula dimenagi Royal Ipoh Club dan O.F.A. dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM875.00, medal dan barangan tajaan Nestle.

Muhamad Ramadan Rosli dari TNB Kilat Kuala Lumpur pula dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan manakala Nurhizzat Sumantri juga dari TNB Kilat Kuala Lumpur merangkul penjaring terbanyak kejohanan.

Perlawanan akhir kejohanan turut disaksikan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, yang turut mewakili Naib Canselor USM, Prof. Dr. Aldrin Abdullah.

kilat5

Aldrin dalam ucapannya berkata, Pesta Hoki USM-Penang International yang saban tahun dianjurkan adalah salah satu inisiatif tersendiri oleh mahasiswa dan mahasiswi USM, yang turut disifatkan banyak menyumbang dalam pembangunan sahsiah dan modal insan.

“Di sini dapat kita buktikan bahawa sistem pembelajaran dan pengajaran tidak semestinya berlaku di dalam kelas kuliah sahaja, malahan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat kesukarelawanan yang ada pada diri setiap pelajar universiti bertaraf APEX, ke arah melahirkan insan holistik yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani,” katanya.

Aldrin turut berharap penglibatan dari pasukan luar negara dapat ditingkatkan lagi di masa hadapan agar Pesta Hoki USM-Penang International sentiasa berada pada kelas yang tersendiri dan setaraf dengan sukan-sukan peringkat antarabangsa di negara ini.

kilat2

Yang turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed, Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi, USM, Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Products (M) Sdn. Bhd., Ng Ping Loong dan Pengerusi Pesta Hoki USM-Penang International ke-46, Kuhan A/L Ravinthiran.

Antara keputusan lain perlawanan akhir bagi kategori-kategori utama kejohanan:

Kategori Veteran:

Juara: T.P.C.A.          Naib Juara: IPOH LADS            Ketiga: Kg. Pandan Sikhs dan Ex Dolphin

Kategori Terbuka Lelaki Klasik

Juara: Hang Jebat        Naib Juara: RTAF B        Ketiga: Penang Hockey Club dan B.J.S.S.

Kategori Terbuka Wanita

Juara: MBPJ Black Widow        Naib Juara: Mission TS          Ketiga: SNP Venom dan Bukit Nanas HC

Teks/Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar / Mohd Fairus Md.Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015