USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEMAJUAN UNIVERSITI BERGANTUNG KEPADA KUALITI DAN BAKAT PELAJAR

ips12

PULAU PINANG, 21 Oktober 2019 – Kemajuan sesebuah universiti bergantung kepada kualiti dan bakat para pelajar dan Universiti harus menghargai segala bakat dan pencapaian yang diraih oleh mereka.

Universiti Sains Malaysia (USM) memberikan pelbagai anugerah dan penghargaan melalui Majlis Persada Kencana 2019 (MPK 2019) yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan juga Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) bagi kedua-dua peringkat pengajian termasuk ijazah pertama dan ijazah tinggi.

“Bagi pelajar pascasiswazah, pencapaian dalam pelbagai bidang penyelidikan dan pembentangan kertas kerja yang cemerlang di dalam seminar / persidangan bertaraf dunia, memainkan peranan penting untuk membuka jalan bagi USM menjadi universiti global yang unggul,” kata Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

ips11

“Bagi pelajar ijazah pertama pula, pencapaian cemerlang dalam dua kategori utama iaitu kepimpinan dan keusahawanan diiktiraf. Kategori kepimpinan merangkumi 16 subkategori iaitu Anugerah Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar, Pemimpin Desasiswa dan Pemimpin Pusat Pengajian/Persatuan/Kelab/Sekretariat dan Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan,” katanya lagi.

ips14

Anugerah Tesis Terbaik telah disandang oleh tujuh orang siswazah bagi empat bidang iaitu Perubatan dan Sains Kesihatan (2), Sains (2), Kejuruteraan (2) dan Sastera dan Sains Kemasyarakatan (1) manakala empat pelajar dinobat sebagai Pelajar Terbaik bagi dua kategori iaitu untuk pengajian Kerja Kursus dan Mod Campuran.

Di samping itu, 36 pelajar telah menerima Prestigious External Awards, 50 pelajar penerima Anugerah Pusat Pengajian/Pusat/Institut dan 106 pelajar menerima Anugerah Sanggar Sanjung bagi kategori Penerbitan Jurnal, 5 pelajar untuk kategori produk dan seorang untuk kategori paten.

ips10

Lingheswaran Muniandy, pelajar tahun akhir, Pusat Pengajian Sains Perubatan dari Kampus Kesihatan telah dinobatkan sebagai Tokoh Siswa serta penerima Anugerah Pemimpin Program Pengucapan Awam dan Debat.

Turut hadir ialah Dekan IPS, Profesor Dr. Rozman Hj Din dan Timbalan-timbalan Dekan serta Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Mohamad Abdullah.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1291

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024