USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELVA RAW DAN AIK SIAN TERIMA DUA IJAZAH DI UPACARA KONVOKESYEN USM KE-57

duasekali

USM PULAU PINANG, 30 September 2019 – Dua orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Selva Raw Devadas dan Tan Aik Sian adalah graduan sulung bagi Program Dwi Ijazah dan telah bergraduasi di Upacara Konvokesyen ke-57 USM baru-baru ini.

Selva Raw bergraduasi dalam program utama Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) manakala program kedua ialah Sarjana Muda Sains (Kepujian) major dalam bidang Biologi manakala Aik Sian bergraduasi dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) major dalam bidang Kimia dengan kursus kedua ialah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian).

“Program Dwi Ijazah merupakan program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) kepada pelajar tahun dua dan ke atas program penuh masa USM,” kata Dekan PPPJJ USM, Dr. Ku ‘Azam Tuan Lonik pada sidang media yang diadakan.

“Ijazah yang ditawarkan adalah ijazah yang sama tarafnya seperti ijazah sarjana muda di PPPJJ dan ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di pusat-pusat pengajian lain di USM.

“Tawaran program dwi ijazah hanya diberikan kepada pelajar yang masih berdaftar sebagai pelajar penuh masa USM iaitu sebelum tamat pengajian dan berijazah serta mempunyai kelayakan kemasukan sekurangkurangnya PNGK 2.75 bagi program ijazah pertama yang sedang diikuti,” tambahnya lagi.

Selva Raw yang merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarganya berjaya membuatkan ibu dan bapanya berbangga dengan pencapaian cemerlangnya dalam kedua-dua ijazah di samping aktif dalam persatuan dan juga Majlis Perwakilan Pelajar USM.

Bagi Tan pula, cita-citanya untuk menjadi pensyarah kini semakin dekat apabila beliau kini melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di USM.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti program Dwi Ijazah ini bolehlah mendapatkan borang permohonan dari pejabat PPPJJ atau laman sesawang PPPJJ di http://www.pppjj.usm.my

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 933

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024