USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JELAJAH 467KM DEMI SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50 TAHUN USM

69331417 2485758648151820 4972482620119056384 n

USM PULAU PINANG, 23 Ogos 2019 – Pasukan Berbasikal USM (USM Cycling Team) hari ini telah memulakan Program Jelajah Kampus sejauh 467km dalam menyuburkan lagi semangat untuk sambutan ulang tahun ke-50 USM. 

Dengan kekuatan seramai 11 orang yang diketuai oleh Pengarah Projek, Mohd Kamil Ashar, kumpulan ini memulakan jelajah dari Kampus Induk USM dan akan melalui check point di Kampus IPPT USM Bertam, seterusnya Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal hinggalah berakhir di Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian Kelantan yang mengambil masa selama 3 hari (23-25 Ogos 2019).

Terdahulu pelepasan jelajah ini telah disempurnakan oleh Pendaftar USM, Dr. Musa Hj Ali yang mewakili Naib Canselor USM dalam satu majlis ringkas di bangunan Canselori 1, USM yang turut dihadiri oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Bendahari USM, Dr. Rohayati Mohd Isa; Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Shukri Osman dan warga dari Canselori 1.

Dalam ucapannya sebelum pelepasan, Musa berharap aktiviti sebegini dapat diadakan untuk menyemarakkan lagi sambutan 50 tahun USM pada tahun ini.

Tambahnya, kejayaan pasukan ini adalah melalui sokongan yang telah diberikan oleh pihak USM dan juga terutamanya Nor Azazi yang telah membentuk pasukan ini beberapa tahun yang lalu.

68992799 2485758621485156 2531967011508977664 n

Pasukan ini dibarisi oleh ahli yang purata umur 30-an yang mana ahli paling muda berumur 20-an dan paling tua berumur 40-an. Pasukan ini merupakan antara pasukan yang sentiasa beraksi cemerlang di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) sepanjang 5 tahun kebelakangan ini dan sentiasa mengharumkan nama USM dengan kilauan pingat emas.

Sementara itu, Nor Azazi turut menyampaikan ucapan dan berpesan kepada pasukan ini untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesopanan sepanjang jelajah ini dan semoga jelajah sebegini dapat memberi inspirasi buat seluruh warga USM untuk bersatu padu dalam meraikan sambutan ualng tahun ke-50 USM.

Antara penaja utama bagi program ini daripada keseluruhan penaja ialah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) USM. Selain itu, sumbangan yang diterima oleh pasukan untuk jelajah ini dianggarkan sebanyak RM5,000.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1006

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024