USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HARI WARGA USM 2019 BERI TUMPUAN ELEMEN INKLUSIF

 

CDH 0140

PULAU PINANG, 21 Ogos 2019 – Hari Warga Universiti Sains Malaysia (USM) 2019 telah berlangsung dengan jayanya dan meriah sekali baru-baru ini di Stadium Olahraga, Kompleks Sukan Azman Hashim dan Dewan Tuanku Syed Putra di Kampus Induk USM.

Kelainan yang diketengahkan dalam sambutan Hari Warga USM tahun ini ialah buat julung kalinya penyertaan dibuka kepada warga USM pelbagai kumpulan; dari staf, pelajar, pesara hingga ke golongan alumni.

Pendaftar USM, Dr. Musa Ali sewaktu ditemubual menyatakan bahawa kelainan ini adalah bersempena sambutan ulangtahun ke-50 USM.

CDH 0792

Selain itu, suasana keterangkuman atau inklusif ingin diwujudkan di antara pelbagai lapisan warga USM dan Hari Warga ini merupakan satu wadah yang sesuai dalam membina ikatan sedemikian.

Menurut Musa, seramai hampir 1,700 peserta menyertai sambutan Hari Warga kali ini, termasuk 160 orang dari kalangan pelajar USM.

Para peserta dari keempat-empat kampus USM dibahagikan kepada 7 kumpulan dan bersaing di dalam 12 acara yang dipertandingkan dan juga Pertandingan Boria.

“Pelajar juga berpeluang berinteraksi dengan warga USM dari pelbagai kumpulan, baik staf, pesara mahupun alumni, dalam suasana yang lebih informal dan santai,” kata Musa lagi.

CDH 0040

Beliau juga menyatakan format Hari Warga sebegini akan diteruskan di waktu akan datang apabila ia dilaksanakan secara bergilir di kampus-kampus cawangan USM.

Tahniah kepada ketujuh-tujuh kumpulan yang bertanding yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

CDH 0993

 warga Ig story

Johan disandang oleh kumpulan Pekaka Udang (1,020 mata) dari Kampus Kesihatan, ketua kontingen: Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim; tempat kedua ialah kumpulan Tampung Bajau (920 mata) ketua kontingen: Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah; dan tempat ketiga Merbah Surih (880 mata) ketua kontingen: Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

  • Created on .
  • Hits: 955

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024