USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH LAWAT CEMACS, TEROKA PELUANG KERJASAMA

IMG 0504 edited edited

TELUK BAHANG, 22 Julai 2019 – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jaujan Sambakong mengadakan lawatan ke Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM) bagi meneroka peluang kerjasama yang boleh dijayakan kedua-dua pihak di sini semalam.

Kunjungan berkenaan antara lain melihat dengan lebih dekat inisiatif CEMACS dalam menjalankan penyelidikan dan latihan yang tertumpu kepada biodiversiti dan pemuliharaan ekosistem laut, ekosistem pantai, ekosistem hutan pesisir, mariculture dan kajian ekologi mamalia laut.

IMG 0557 edited

IMG 0609 edited

Terletak kira-kira 30 kilometer dari kampus USM di Gelugor, CEMACS menjadi pusat penyelidikan marin tertua negara yang kini berusia 41 tahun. CEMACS telah memainkan peranan yang cukup besar buat pembangunan bidang penyelidikan marin dan samudera negara.

Antara yang menjadi tumpuan perbincangan adalah dalam melihat inisiatif yang boleh dibangunkan khususnya dalam memperkasa usaha dan penyelidikan yang boleh memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan membantu masyarakat setempat meningkatkan sosio-ekonomi mereka.

IMG 0669 edited

IMG 0691 edited

Kunjungan beliau diiringi Pengarah CEMACS, Profesor Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Hwai, Pakar Biologi Marin USM, Profesor Dr. Zulfigar Yasin dan para penyelidik yang menjalankan pelbagai kajian di CEMACS.

Teks:Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1353

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024