USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PASUKAN USM WAKILI MALAYSIA KE MERMC DI HONG KONG

Hongkong1

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2019 – Lima pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang menggelar diri mereka Pasukan Frozeneko telah memenangi tempat pertama dalam MonsoonSIM Enterprise Resource and Management Competition (MERMC) 2019 peringkat Kejohanan Kebangsaan yang telah diadakan di Asia Pacific University di sini hari ini.

Dengan kemenangan itu, pasukan USM layak mewakili negara ke Final Regional MERMC yang akan diadakan di Hong Kong Polytechnic pada 9-12 Ogos 2019, bersama pasukan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang menduduki tempat ke-2 hingga ke-4. 

Hongkong2

Pasukan USM memperoleh markah pencapaian matriks tertinggi iaitu 84.29% dan membawa pulang piala, pingat dan wang tunai berjumlah RM1,500.

Pasukan USM itu terdiri daripada Rex Lai Beng Keong, Sains Komputer/Tahun 2; Leong Chi Kin, Sains Komputer/2; Yau Yi Wen, Komunikasi/1; Ernest Cha Junxian, Komunikasi/1 dan Medad Wong Shen Ern, Komunikasi/1.

Mengikut jurulatih dan mentor pasukan USM yang juga pegawai Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC@USM), Mohd Khairul Anwar Habib Rahman, kemenangan ini lebih manis kerana ini kali pertama pasukan USM menyertai pertandingan ini dan berjaya menewaskan 29 pasukan dari pelbagai IPTA dan IPTS dalam negara.

Pasukan USM telah ditaja oleh Knowledgecom yang juga merupakan penaja Emas bagi pertandingan ini dalam Kejohanan Kebangsaan.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh; Naib Canselor Asia Pacific University, Profesor Dr. Ron Edwards dan Pengurus Besar Knowledgecom selaku Penaja Emas.

Monsoon Simulation (MonsoonSIM) adalah permainan atas talian yang berasaskan pengurusan perniagaan yang telah dicipta oleh Monsoon Academy.

Teks: Tan Ewe Hoe

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1169

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024