USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU TINGKAT ILMU KEUSAHAWANAN GOLONGAN OKU

USM PULAU PINANG, 18 Julai 2019 – Menyedari pentingnya mempelajari ilmu dan selok-belok perniagaan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Keusahawanan Universiti (EpiC@USM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan program pemindahan ilmu dan pemerkasaan kemahiran kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) sekitar Pulau Pinang baru-baru ini.

Melalui bengkel ini, golongan OKU yang mengambil bahagian berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan mempelajari pelbagai kemahiran keusahawanan daripada fasilitator-fasilitator yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan.

Terdapat 5 Modul yang diterapkan sepanjang program tersebut dijalankan dan dikelolakan oleh staf USM yang pakar dalam bidang yang berkenaan, termasuk Asas Memulakan Perniagaan, Pemasaran Kreatif, Pengurusan Kewangan dan lain-lain lagi.

Program seperti ini diharap dapat mentransformasikan minda komuniti OKU untuk mereka menceburi bidang keusahawanan dan seterusnya membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada mereka.

Program yang berlangsung selama lima hari ini turut melibatkan lima buah universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Perlis (UMP), dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

  • Created on .
  • Hits: 682

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024