USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ALU-ALUKAN PENYERTAAN EMPAT TOKOH INDUSTRI BAGI AIxCHANGE: CEO@FACULTY PROGRAMME 1.0

ceo11

PULAU PINANG, Jun 2019 – Universiti Sains Malaysia (USM) mengalu-alukan pelantikan empat tokoh terkemuka industri bagi menyertai Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE): CEO@Faculty Programme 1.0 bagi 2019 - 2020.

Mereka terdiri daripada: Datuk Azman Ismail [Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, PLUS Malaysia Berhad]; Dr. David Lacey [Pengarah Penyelidikan & Pembangunan (R&D), OSRAM Opto Semiconductor]; Encik Rajesh Purushothaman [Pengarah Urusan, Penyelidikan & Pembangunan (R&D), National Instruments]; dan Encik Chew Huat Seng [Ketua Pegawai Eksekutif, Hitachi Asia (Malaysia) Sdn. Bhd.].

AIxCHANGE: CEO@Faculty adalah program di bawah inisiatif Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran yang boleh dimanfaat secara bersama antara pihak akademia dan industri.

Ia melibatkan penyertaan tokoh-tokoh terkemuka industri/korporat dari pelbagai syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) dan memberi tumpuan kepada penerapan unsur-unsur kepimpinan di peringkat universiti dalam kalangan pensyarah muda berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) di bawah umur 40 tahun.

  • Created on .
  • Hits: 1514

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024