USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM SUKARELAWAN PERDANA MALAYSIA MASKUM: PELUANG REFLEKSI DIRI

vfbgxcv edited

PULAU PINANG, 19 Mei 2019 – Pelajar perlu sentiasa membuat refleksi diri dan menghayati nasib orang lain ketika mengikuti program kesukarelawanan.

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, hal ini penting dalam memastikan pembentukan perwatakan diri dan sikap untuk sentiasa membantu orang lain.

"Dengan cara ini juga akan memberi manfaat kepada orang lain serta lebih bersyukur dan bersedia untuk merasai kesusahan masyarakat," kata beliau sempena Program Sukarelawan Bersama Gelandangan dan Petugas Malam.

gfttt edited

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS selaku Pengerusi Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM), Profesor Datu Dr. Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mempergiatkan lagi kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.

"Hal ini penting agar para pelajar dapat menyemai sifat dan sikap prihatin untuk menolong orang lain dan menjadi seorang yang mempunyai simpati dan empati untuk membantu,” kata beliau.

msjid7 edited

Beliau baru mengambil alih tugas sebagai Pengerusi MASKUM dari mantan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar) UPNM Profesor Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che' Din.

Menurutnya lagi, MASKUM bercadang untuk turut berfokus kepada usaha mencari jalan membuat perubahan set minda dalam membantu masyarakat kampung meningkatkan pencapaian akademik dan pendidikan.

masjid9 edited

Program Kesukarelawanan Perdana MASKUM berlangsung pada 17 - 19 Mei 2019, diselaraskan oleh USM dan UiTM di USM Pulau Pinang.

Program ini melibatkan lebih 150 orang peserta yang mewakili 11 buah universiti.

masjid5

Antara aktiviti yang diadakan ialah Majlis Iftar dan Sumbangan kepada Anak-anak Tahfiz, Memasak Bubur Lambuk untuk diedarkan kepada komuniti setempat dan memasak juadah untuk  Iftar dan diedarkan kepada gelandangan dan mereka yang bekerja pada waktu malam seperti jururawat, polis dan ahli pasukan bomba dan penyelamat.

Selain dari itu, para sukarelawan berpeluang mengikuti sesi perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka yang mengikuti kursus pengurusan bencana di Jepun.

Program berkonsepkan Mahasiswa Kembali Kepada Masyarakat ini juga diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 USM.

masjid35 edited

Para sukarelawan turut berpeluang mendekati dan mengedarkan sumbangan barang keperluan harian kepada asnaf dan pesakit kanser sekitar kampus USM.

Program ini dibantu oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Ke-50 USM dan orang perseorangan.

Restoren makanan segera McDonald's turut menaja 300 burger dan makanan lain.

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan suami Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Ahmad Zakaria.

Hadir sama ialah Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohamnad Shukri Osman dan Ketua Program Keusahawanan UiTM, Hafiz Syafiy Hussaini.

Naib Canselor USM, Pengerusi MASKUM dan lain-lain kemudiannya menyertai sukarelawan mengedarkan makanan dan barang keperluan kepada petugas dan pelawat pesakit di Hospital Pulau Pinang.

masjid56 edited

Mereka turut mengedarkan makanan dan barang keperluan kepada gelandangan di sekitar Georgetown, Masjid Kapitan Keling, KOMTAR dan pasukan Polis dan Bomba.

Program selesai jam 3.00 pagi untuk para sukarelawan mengikuti program iktikaf, bersahur, solat jemaah subuh dan tazkirah di Pusat Islam USM.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 2346

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024