USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KAYUHAN SANTAI SAMBUTAN 50 TAHUN USM TARIK 800 PESERTA DALAM DAN LUAR NEGARA

gfhg edited

KUBANG KERIAN, 13 April 2019 – Inisiatif menyemarakkan sambutan 50 tahun Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun ini diteruskan apabila Kelab Pengurusan Sukan dan Kebajikan Staf (KESUKAS) Kampus Kesihatan USM menganjurkan Program Kayuhan Santai 50 tahun USM hari ini.

Seramai 800 peserta terdiri daripada Ahli Kelab Basikal dari pelbagai negeri dan komuniti setempat mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 42 kilometer, yang bermula daripada Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM.

kuyu edited

Yang Dipertua KESUKAS Kampus Kesihatan USM, Dr. Ibariyah Iberahim berkata, program terbabit adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-50 USM.

“Program Kayuhan Santai ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kelab Basikal Lasak USM, Majlis Penghuni Desasiswa Murni dan Nurani Kampus Kesihatan USM serta Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan USM.

5try5ty edited

"Semangat kerjasama daripada semua telah membuahkan hasil pada hari ini dan membuatkan saya amat bangga dengan komitmen ahli yang terlibat tanpa mengira penat lelah demi memastikan program berjalan lancar dan menunjukkan semangat Kami Sayang USM," kata Ibariyah.

Penganjuran yang julung kali dianjurkan oleh KESUKAS Kampus Kesihatan USM ini juga mendapat penyertaan daripada Kelab Basikal dari Thailand serta mendapat penyertaan lebih 1,000 peserta namun pihak kami hanya membuka penyertaan kepada 800 orang sahaja pada kali ini, ujar Ibariyah.

“Acara berbasikal adalah aktiviti yang kerap mendapat sambutan kerana telah menjadi gaya hidup masyarakat pada masa kini untuk melakukan aktiviti riadah khususnya bersama keluarga.“Pelaksanaannya bukan sahaja dapat menjamin masyarakat yang sihat dan cergas, malahan mempromosi USM kepada komuniti,” ujar Ibariyah lagi.

Terdahulu, pelepasan peserta Kayuhan Santai disempurnakan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.

5rtry edited

Di dalam ucapannya, beliau amat berbangga apabila seluruh warga kampus USM teruja dalam menyambut ulang tahun USM yang ke-50 pada tahun ini.

"Sejak USM ditubuhkan pada tahun 1969, pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh USM dan lebih manis lagi apabila pada tahun ini USM berada di tangga ke-49 di seluruh dunia dalam Times Higher Education (THE) University Global Impact Rankings yang dikeluarkan buat julung kalinya baru-baru ini.

“Saya juga kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh warga USM sehingga ada yang sanggup berkayuh dari Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) sejauh 400 kilometer semata-mata untuk menyertai kayuhan pada hari ini di Kampus Kesihatan,” kata Ahmad Sukari.

jkuigkyu edited

Turut hadir pada program ini ialah Presiden Kelab Basikal Kelantan merangkap Presiden Persekutuan Muay Thai Pro Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani; Pengarah Urusan Crestmax Auto Kb Sdn Bhd merangkap penaja utama kayuhan berbasikal 50 tahun USM, Dato’ Abdul Rahman Maulud; dan Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan 50 Tahun USM Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Hussein.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Muhammad Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 1566

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024