USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TKM II PULAU PINANG HADIR KE SIRI CERAMAH ARKEOLOGI KE-9 DI USM

EAM 9371

USM, PULAU PINANG, 24 Januari 2019 – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr. Ramasamy A/L Palanisamy hari ini meluangkan masa hadir ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Siri Ceramah Arkeologi ke-9 yang berlangsung di Dewan Persidangan Universiti (DPU), di sini.

Program anjuran Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM ini telah menjemput pakar sejarah dan arkeologi dari Indonesia Profesor Dr. Agus Aris Munandar, H.Hum dari Departemen Arkeologi, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia bagi menyampaikan ceramah untuk siri tersebut.

EAM 9385

Ceramah bertajuk Arkeologi Majapahit: Arsitektur Candi Abad ke-14 - 15 Masihi ini dikupas lanjut oleh beliau dengan menyentuh pelbagai sejarah, agama, budaya dan bukti spesifik yang turut dikongsi berkaitan candi-candi yang terbina di tanah Jawa Indonesia dan rantau Asia Tenggara.

EAM 9396

Pada masa yang sama Ramasamy turut berdialog dan berkongsi pendapat bersama hampir 150 orang yang hadir termasuk pensyarah dan pelajar dari Universitas Indonesia yang berkunjung ke USM sempena lawatan kerja tiga hari ke sini.

EAM 9397

“Ceramah arkeologi serantau sebegini perlu diteruskan agar sejarah negara dan usaha arkeologi di negara ini diberi perhatian dan keutamaan yang sewajarnya,” kata Ramasamy.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin berkata, tujuan lawatan kerja itu diadakan adalah untuk berkongsi hasil kajian terbaharu, membincangkan isu-isu arkeologi negara, melawat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di USM seperti Makmal Pencirian Bahan Bumi, arkeo-pelancongan dan rangka kerja MoU antara Universitas Indonesia dan USM.

EAM 9411

Yang turut hadir adalah Ketua Departemen Arkeologi, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia,  Dr. Ninie Susanti; Ketua Pascasarjana Departemen Arkeologi, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, Dr. sman Nasution dan Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM, Zolkurnain Hassan.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1329

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024