USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TEMUI PELAJAR PRA-U, SUNTIK SEMANGAT LANJUTKAN PENGAJIAN

IMG 0013

KULIM, 7 Januari 2019 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail melapangkan masa menemui kira-kira 200 pelajar Pra-Universiti USM di Kolej MARA Kulim (KMK) bagi memberi amanat dan suntikan semangat untuk mereka melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

NC turut berkongsi maklumat terkini berhubung senario pendidikan tinggi, cabaran serta peluang luas yang boleh diterokai oleh para pelajar dalam mencari hala tuju khususnya dalam menetapkan bidang kursus untuk diikuti di Universiti kelak.

IMG 0028

Beliau menegaskan, dengan adanya teknologi dan pelbagai platform dalam mendapatkan maklumat, para pelajar seharusnya merebut peluang keemasan untuk melihat potensi cabang pendidikan sains yang amat luas dan tidak hanya tertumpu kepada kursus-kursus popular semata-mata.

IMG 0046

IMG 0092

Para pelajar juga, ujar NC, perlu mula mengasah pelbagai kemahiran tambahan khususnya dalam berkomunikasi, keusahawanan, pemikiran kreatif serta kritis dan sebagainya dalam usaha menghadapi perkembangan terkini dalam dunia pendidikan tinggi hari ini.

Dalam pada itu, para pelajar Pra-U USM di KMK adalah kumpulan pelajar yang dipilih khusus untuk mengikuti program-program sains di USM termasuk perubatan, pergigian, farmasi dan turut berpeluang mengikuti pengajian di kampus pesisir USM di KLE, Belgaum, India.

IMG 0138

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Pengarah Kolej MARA Kulim, Tuan Haji  Zolhamidy Che An; Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Akademik USM, Noriah Mohamad; Timbalan-timbalan Pengarah Kolej MARA Kulim dan pegawai universiti. 

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md. Isa 

  • Created on .
  • Hits: 2302

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024