USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-UNIB SALING BANTU TINGKAT BIDANG KELESTARIAN

ktp

PULAU PINANG, 19 Disember 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pemindahan Ilmu (KTC) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan University of Bengkulu (UNIB) Indonesia April lalu bagi mengaktifkan dan melestarikan segala bentuk aktiviti pemindahan dan perkongsian ilmu sesama para penyelidik (akademia), komuniti dan industri. 

Sehubungan itu, satu pertemuan diatur di antara pengurusan UNIB dan Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail bagi membincangkan kolaborasi seterusnya dan beberapa projek yang bakal dilaksanakan pada tahun 2019.

Menurut Pengarah KTC, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan, antara projek yang akan dilaksanakan ialah  Bengkel Pemindahan dan Perkongsian Ilmu mengenai projek KTP yang terpilih di UNIB dan USM serta Program Pertukaran Staf jangka pendek di antara USM-UNIB. 

Hadir dalam perbincangan dari UNIB ialah Profesor Madya Dr. Totok Eka Suharto; Profesor Madya Dr. Hery Suhartoyo, Profesor Madya Basuki Sigit Priyono dan Asistan Profesor Dr. Yansen. 

Kedua-dua pihak turut membincangkan hala tuju bersama dalam mengukuhkan bidang kelestarian dan pemindahan ilmu bagi kedua-dua buah universiti.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Ebrahim Abdul Manan 

  • Created on .
  • Hits: 1103

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024