USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

79 KETUA JABATAN BAHARU USM DILANTIK

DSC 2739

PULAU PINANG, 12 Disember 2018 – Seramai 79 ketua jabatan baharu dilantik sebagai Dekan dan Pengarah Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi 2019-2021.

Kesemua ketua jabatan menerima watikah pelantikan daripada Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan disaksikan oleh pengurusan tertinggi USM pada pagi ini. Menurut Naib Canselor, mereka ini adalah antara perintis yang dipilih berdasarkan Rangka Kerja Kompetensi atau Competency Framework.

"Ini juga menjadikan USM universiti pertama yang menjalankan pemilihan ketua-ketua jabatan baharu berdasarkan Rangka Kerja Kompetensi sebagai sebahagian daripada proses penggantian yang dirancang dengan begitu rapi dan sistematik bermula Mac 2018 yang lalu.

“Saya berharap supaya ketua jabatan baharu dan lama akan saling membantu bagi memastikan kesinambungan dalam pentadbiran serta peralihan tersebut menampakkan peralihan  yang positif,” tambah Asma lagi.

Untuk rekod, seramai 33 orang dilantik sebagai Pengarah Pusat Strategik Perkhidmatan, 27 Dekan Pusat Pengajian, 17 Pengarah Institusi/Pusat Kecemerlangan serta 2 Pengarah Kampus.

Daripada jumlah tersebut, pemilihan ketua jabatan bagi sesi ini memperlihatkan 62 peratus kekal dalam jawatan masing-masing manakala 38 peratus lagi adalah muka baharu.

Bagi sesi 2019-2021 ini, 32 peratus ketua jabatan adalah golongan wanita berbanding sesi lalu hanya 26 peratus wanita.

Terdapat pelantikan dua portfolio baharu iaitu Nexus Sains Social dan Sastera yang disandang oleh Profesor Dr. Fauziah Md. Taib dan Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik yang diterajui oleh Profesor Dr. Aldrin Abdullah.

Naib Canselor turut memberi gambaran keseluruhan tentang hala tuju Universiti untuk jangkamasa 3 tahun yang akan datang dengan berkongsi Pelan Strategik USM 2019-2021 kepada semua ketua jabatan yang baharu dilantik itu.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1491

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024