KETUA MENTERI SOKONG USAHA USM KURANGKAN RISIKO ANCAMAN NYAWA KETIKA KEMALANGAN

DSC 2091

USM, PULAU PINANG, 11 Disember 2018 – Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow menyokong penuh usaha Universiti Sains Malaysia (USM) dalam mengurangkan risiko ancaman nyawa kemalangan perjalanan. 

Menurutnya lagi, kemalangan dalam kategori ini adalah pada sekitar purata 44 peratus daripada keseluruhan jumlah kemalangan jalan raya yang direkodkan. 

DSC 2104

“Dalam tempoh 10 tahun ini iaitu dari 2005 sehingga 2015 berlaku peningkatan kemalangan perjalanan sehingga 65.3 peratus,” tambah Kon Yeow ketika merasmikan Seminar Kemalangan Perjalanan untuk Belia 2018 di sini hari ini. 

DSC 2111

“Kemalangan yang meragut nyawa individu memberi derita kepada keluarga yang ditinggalkan dan mengganggu kelancaran produktiviti organisasi dan kesan buruknya turut dirasai oleh majikan yang terlibat.

“Lebih membimbangkan adalah apabila 75 peratus daripada mangsa yang terlibat adalah dalam kalangan umur 15 hingga 44 tahun dan jumlah ini adalah termasuk kumpulan tenaga kerja yang paling produktif dalam organisasi,” tambahnya lagi kepada lebih 400 peserta yang hadir. 

DSC 2118

“Saya berharap dengan kepesatan kemajuan teknologi Revolusi Industri 4.0, ianya dapat mengurangkan dan membawa kepada  persekitaran yang lebih kondusif dan tidak lagi meningkatkan lagi kes-kes kemalangan perjalanan. 

Seminar Kemalangan Perjalanan untuk Belia 2018 ini adalah anjuran bersama USM melalui Pusat Pengajian Pengurusan (PPP) USM dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Boon Siew Honda Sdn. Bhd.,  Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Sekretariat Keselamatan Jalan Raya (SKJR) USM.

DSC 2142

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan Microcredential Kemalangan Perjalanan untuk Pembangunan Peribadi & Profesional yang direkabentuk supaya latihan menjadi lebih fleksibel, mudah dan yang paling penting boleh dimanfaatkan oleh semua menggunakan telefon pintar atau tablet di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Program ini adalah hasil penyelidikan dan input menerusi sesi latihan PPP USM dengan pihak industri yang dibiayai oleh PERKESO selama dua tahun.

Turut hadir ialah Dekan PPP USM, Profesor Dr. Fauziah Md. Taib yang mewakili Naib Canselor USM; Pengarah Projek, Profesor Madya Dr. Lilis Surienty Abd. Talib; dan Ketua Return to Work PERKESO, Roshaimi Mat Rosely yang turut menyampaikan sumbangan kepada lapan orang pekerja yang menerima manfaat PERKESO.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015