PENERBIT USM MENANG ANUGERAH PERSAMA BUAT KALI KE-6

gfhdfgh

PULAU PINANG, 1 Disember 2018 – Sekali lagi buku terbitan Penerbit USM telah terpilih memenangi Anugerah Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA) pada tahun ini, iaitu Hadiah Sanjungan Kategori Buku Karya Asli.

Buku tersebut, “Analisis Data Menggunakan Borang Soal Selidik” ialah hasil penulisan bersama Profesor Madya Dr. Wan Muhamad Amir W Ahmad dan Dr. Ruhaya Hasan, pensyarah Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM dan Dr. Nor Affendy Nor Azmi (Allahyarham), seorang doktor pergigian.

Majlis Anugerah telah diadakan pada 29 November 2018 di TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah serentak dengan Majlis Perasmian Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-26.

Anugerah disampaikan oleh Penolong Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Marcus Jopony yang mewakili Naib Canselor. Penerbit USM diwakili oleh Ketua Bahagian Perolehan dan Editorial, A’watif Ahmad.

Anugerah PERSAMA ini diadakan sebagai penghargaan dan pemangkin kepada para penulis dan penerbit untuk terus menghasilkan karya-karya yang mencapai tahap yang tinggi serta menjadi rujukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain kemenangan kali ini, buku Penerbit USM telah beberapa kali menerima pengiktirafan Anugerah PERSAMA, antaranya pada tahun 2001, 2002, 2009, 2012 dan 2014.

Teks asal & Foto: Penerbit USM

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015