USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KARYA SENI NORFATIHAH & PEI WEI CIPTA NAMA DI PERTANDINGAN USAHA TEGAS HERITAGE 2018

kyutjytj

KUALA LUMPUR, 2 November 2018 - Pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM), Norfatihah binti Yusof telah menjuarai pertandingan Usaha Tegas Heritage 2018 kategori Charcoal/Ink/Pencil/Oil Pastel melalui karyanya yang bertajuk ‘Discovering Teochew Puppets’ menggunakan medium pensel warna kelmarin.

Karya pelajar jurusan seni halus ini mempamerkan seorang kanak-kanak perempuan yang seakan-akan sedang mengintai patung wayang Cina tersebut. 

Katanya, keunikan budaya dan warisan ini telah mendorong beliau untuk merepresentasi budaya dan warisan melalui bahasa visual, dan kepelbagaian budaya di Malaysia ini harus diterokai dan dihargai sebaik mungkin tanpa mengira batasan kaum dan agama. 

“Syukur atas kemenangan ini dan saya berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni, seterusnya mengejar impian saya untuk menjadi seorang artis yang bergiat aktif di luar dan dalam negara,” jelasnya.

Norfatihah membawa pulang hadiah berjumlah RM8,000 beserta tiket TGV Cinema bernilai RM500. 

Selain Norfatihah, Voon Pei Wei dari USM juga memenangi hadiah saguhati dalam kategori cat air dan membawa pulang hadiah bernilai RM500 beserta tiket TGV Cinema. 

Turut hadir mengiringi pemenang dari USM adalah pensyarah Pusat Pengajian Seni, Dr. Husaini Yaakob.

Hadiah disampaikan oleh pengerusi Usaha Tegas Sdn. Bhd., Lim Ghee Keong di majlis yang berlangsung di Hotel Maya, Kuala Lumpur.

Pertandingan anjuran Usaha Tegas Heritage 2018 ini merupakan kali ke-19 pada tahun ini.

Sebanyak 1,531 penyertaan telah diterima pada tahun ini, dan dari jumlah tersebut hanya 600 buah karya seni disenarai pendek. 

25 buah karya seni yang terpilih merangkumi pemenang daripada pelbagai kategori iaitu catan, cetakan, mixed media (media campuran), cat air dan media kering.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Norfatihah Yusof

  • Created on .
  • Hits: 1201

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024