USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DINOBAT SEBAGAI MOST ENTREPRENEURIAL UNIVERSITY OF THE YEAR

KUALA LUMPUR, 30 November 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai Most Entrepreneurial University of the Year 2018 di Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Malaysia (Ministry of Education Entrepreneurial Award, MEA) yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

USM membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300,000 iaitu RM50,000 sebagai finalis bagi kategori tersebut dan RM250,000 sebagai penerima anugerah tersebut.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hadir dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik.

Ketika ditemui, Asma melahirkan rasa syukur kerana strategi yang digunakan pada tahun ini berhasil serta kerjasama semua pihak amat dihargai dan ia adalah kemenangan bersama buat warga USM.

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya; hanya sebagai finalis bagi tahun 2017, USM mengatur strategi dengan gaya USM atau USM style, dan kini berjaya menggenggam anugerah yang berharga ini," tambahnya.

USM melalui para pelajar Adikarma turut menerima anugerah tempat ketiga bagi kategori Outstanding Student Social Enterpreneurship Award dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

MEA diadakan bertujuan bagi menghargai dan mengiktiraf inisiatif dan usaha IPT dan warganya yang cemerlang dalam pendidikan dan pembangunan keusahawanan. 

Turut hadir dan meraikan kejayaan USM ialah pengurusan tertinggi USM serta semua yang terlibat dalam MEA 2018.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1387

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024