USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENERBIT USM TANDATANGAN MOA DENGAN MAEMHS

penerbit

UiTM KAMPUS SELAYANG, 21 November 2018 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Penerbit USM telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Malaysian Association of Education in Medicine and Health Sciences (MAEMHS) untuk jalinan usahasama penerbitan baru-baru ini di sini.

Penandatanganan MoA tersebut adalah bertujuan untuk memantapkan dan menyerlahkan lagi keternampakan Jurnal terbitan Penerbit USM iaitu Education in Medicine Journal (EIMJ) pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan mengikuti amalan terbaik dalam penerbitan jurnal.

Selain itu, rangkaian kepengarangan akan lebih meluas merangkumi kawasan Asia-Pasifik memandangkan MAEMHS mempunyai afiliasi dan jaringan yang luas dengan rangkaian persatuan pendidikan perubatan dan kesihatan di peringkat antarabangsa.

Kerjasama ini akan memberi peluang kepada EIMJ untuk mengorak langkah kehadapan untuk menjadi jurnal utama dalam bidang pendidikan perubatan dan sains kesihatan pada masa akan datang.

Majlis penandatanganan telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Pembangunan Pelajar (CDAE), Profesor Dr. Abd. Karim Alias yang mewakili Naib Canselor dan Pegawai Penerbitan Penerbit USM, Fazlina Mohamed Rouse yang mewakili Pengarah.

EIMJ telah diasaskan oleh Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM pada September 2009 dan Ketua Pengarang Pertama adalah Pensyarah PPSP, Profesor Madya Dr Muhamad Saiful Bahri Yusoff.

Pada tahun 2016, EIMJ mula diterbitkan oleh Penerbit USM dengan jumlah penerbitan sebanyak empat isu setahun.

Pihak Penerbit USM berharap melalui kolaborasi ini juga ianya akan memangkin perkongsian pintar di antara USM dan MAEMHS dalam memacu kelestarian pendidikan perubatan dan sains kesihatan dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Teks: Nor Azlina Mohamad Azmi/Suntingan: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1243

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024